suria

Hamdan Senario meninggal dunia

Hamdan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah.

PELAWAK Hamdan Senario atau Ahmad Hamdan Mohamed Ramli dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, kira-kira pukul 12.50 tengah hari, Jumaat

Berita sedih pemergian pelawak berusia 54 tahun itu disahkan oleh ahli kumpulan Senario iaitu Azlee.

"Hamdan sudah meninggal dunia. Dia baru sahaja meniggal dunia pada 12.50 tengah hari tadi," katanya ketika dihubungi mStar.

Hamdan 1

Berita pemergian Hamdan mengejutkan industri seni negara.

Kata Azlee lagi, keadaan jantung Hamdan terlalu lemah sejak ditidurkan beberapa hari lalu dan hanya bergantung alat bantuan pernafasan.

"Dia tidak sedarkan diri, ditidurkan. Jantung tidak boleh sokong dengan bantuan pernafasan. Jantung lemah 30 peratus," ujarnya.

Dalam pada itu, Azlee memaklumkan jenazah Hamdan akan dibawa ke Ipoh, Perak pada pukul 3 petang untuk dikebumikan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hamdan Senario kritikal, doktor syak berlaku kerosakan pada hati

ARTIKEL BERKAITAN: Senario tergamam dapat berita Hamdan ditidurkan, tiada pilihan terpaksa teruskan persembahan

"Jenazah hantar terus pegi Ipoh. Kebumi disana di kampung halaman," ujarnya.

Pada Isnin lalu, Hamdan terpaksa ditidurkan selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.

Anak bongsunya iaitu Nur Natasya Umairah, 20, berkata bapanya dibawa ke hospital kerana mengalami cirit-birit.

Jantungnya tidak boleh sokong dengan bantuan pernafasan. Jantung lemah 30 peratus.

AZLEE

AHLI KUMPULAN SENARIO

Hamdan berada di Johor Bahru, Johor bersama anggota Senario lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion sempena ambang tahun baharu 2024.

Akibat masalah kesihatan menimpa menyebabkan acara berkenaan diteruskan tanpa Hamdan.

Hamdan yang merupakan anak kelahiran Batu Gajah, Perak meninggalkan balu iaitu Norhamalini Ahmad bersama empat orang anak.

Hamdan memulakan karier seni pada tahun 1988 sebagai seorang penyanyi dan tampil dengan single pertama bertajuk Aku Cinta Padamu selepas komposer Azmeer mengetahui dia mempunyai bakat menyanyi.

Kenangan terakhir Hamdan bersama Senario.

Kenangan terakhir Hamdan bersama Senario.

Pada tahun 1995, Hamdan menyertai satu program realiti televisyen iaitu Sinaran Pasport Kegemilangan yang merupakan sebuah pertandingan untuk mencungkil bakat.

Tampil bersama kumpulan bernama Serba Salah yang turut dianggotai oleh Ilya dan Wahid, mereka berjaya menjuarai program tersebut.

Kemudiannya dia muncul bersama kumpulan Senario yang turut disertai Shamsul Ghau Ghau, Lan Pet Pet dan ahli kumpulan Serba Salah.

Hamdan sebelum ini pernah membintangi beberapa buah drama dan filem antaranya Aku Kaya The Movie, Tipah Tertipu The Movie, Zombi Kampung Pisang dan siri Senario.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain