suria

“Ikutkan hati tak nak minta sumbangan”… Noorkhiriah terpaksa cari dana teruskan kerja amal pengurusan jenazah

Noorkhiriah mahu meneruskan tawaran perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma.

SELEPAS empat tahun menawarkan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma, pelakon Noorkhiriah mengakui program kebajikan dilakukan olehnya itu memerlukan kos yang agak tinggi.

Noorkhiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 46, berkata urusan kematian bukanlah sesuatu perkara yang boleh diduga dan sehingga kini masih ramai lagi individu yang memerlukan bantuan itu.

Malah, Noorkhiriah berkata Pertubuhan Amal Nur By Khiriah yang ditubuhkan sejak 2020 itu tidak pernah memilih status dalam memberikan bantuan berkaitan hal pengurusan jenazah.

Noorkhiriah berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan sumbangan.

Noorkhiriah berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan sumbangan.

"Sebenarnya untuk menguruskan jenazah ini memerlukan wang yang banyak. Kalau nak bersalin kita boleh tahu bila waktu sesuai untuk menyimpan wang.

"Tetapi kita tidak tahu bila waktu tibanya kematian itu. Kadang-kadang ada yang menelefon kami sampai menangis kerana tidak percaya perkhidmatan ini dilakukan secara percuma.

"Saya faham tidak semua orang berkemampuan dan kami juga tidak memilih status untuk membantu. Tidak kira siapa pun yang menghubungi kami, kaya atau miskin tetap kami akan bantu menguruskan jenazah itu," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah paling takut pujian, hanya minta doa urusan bantu urus jenazah percuma dipermudahkan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Noorkhiriah bantu penghijrahan Ieda Moin... Tak dapat bayangkan berpisah selepas 20 tahun bersahabat

Dalam pada itu, pelakon drama Bedah Tong Gas ini memberitahu dia sebenarnya envgan mahu meminta sumbangan daripada orang ramai, namun disebabkan ingin meneruskan usaha murni ini pihaknya terpaksa mencari dana tambahan.

Kata Noorkhiriah, sekiranya dia menggunakan kewangan sendiri mungkin ia tidak mencukupi untuk menanggung keseluruhan kos pengurusan termasuk memandikan dan mengkafankan jenazah.

"Saya kan buat secara percuma jadi daripada duit sumbangan itulah saya gunakan untuk bayar sukarelawan dan beli perkakasan pengurusan jenazah.

"Itulah kegunaan duit sumbangan yang saya akan gunakan. Kalau ikutkan hati saya tak nak minta sumbangan ini tetapi untuk menggerakan pertubuhan ini, saya terpaksa berikhtiar mencari dana.

Noorkhiriah memberitahu pengurusan jenazah memerlukan kos yang tinggi.

Noorkhiriah memberitahu pengurusan jenazah memerlukan kos yang tinggi.

"Sekiranya hanya menggunakan wang sendiri, mungkin saya hanya mampu memberikan perkhidmatan van jenazah kerana proses pengurusan memerlukan kos yang banyak," ujarnya.

Sebelum ini, menerusi Instagram miliknya Noorkhiriah memaklumkan dana sumbangan Pertubuhan Amal Nur By Khiriah semakin menyusut.

Aktres berkenaan dengan rendah hati memohon sumbangan seikhlas orang ramai agar pihaknya dapat meneruskan kerja kebajikan itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain