suria

Teka-teki terjawab, penerbit akhirnya umum dua pengarah filem ‘Pendekar Awang: Darah Indera Gajah’

Saiful Reza Shukor dan Shaharudin Mat Dali merupakan pengarah filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.

TEKA-TEKI siapa pengarah filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah akhirnya terjawab apabila nama Saiful Reza Shukor dan Shaharudin Mat Dali diumumkan sebagai sutradara karya berkenaan.

Pengumuman tersebut sekaligus menjawab persoalan pengganti pengarah asal iaitu Areel Abu Bakar yang digugurkan sebelum ini.

Penerbit Studio Kembara Sdn Bhd iaitu Abdul Rahman Dali dua pengarah dipilih menggantikan Areel kerana diyakini mampu memberikan hasil terbaik untuk filem ini.

2436017

Rahman beri kepercayaan kepada dua pengarah muda.

“Apabila melihat plot awal kami rasa ada yang perlu diperbaiki. Ada sudut yang mungkin boleh menjejaskan produk akhir filem ini.

“Jadi disebabkan itu kami berubah bertukar pengarah seperti yang sekarang ini. Sebagai produser saya rasa filem ini perlu ditambah baik.

“Sebab itulah keputusan tukar pengarah buat. Ia bukanlah satu masalah besar,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan timbul kontroversi punca penerbit ‘Mat Kilau’ gugurkan nama pengarah

ARTIKEL BERKAITAN: Heliza Helmi solat istikharah sebelum terima tawaran lakonan, teruja dapat kongsi sukan sunnah dalam filem baharu

Rahman memperkenalkan dua pengarah ini semasa majlis tayangan perdana filem berkenaan yang berlangsung di Putrajaya pada Selasa.

Sebelum ini filem berkenaan mencetuskan kontroversi apabila Areel memaklumkan namanya secara tiba-tiba digugurkan tanpa mengetahui punca sebenar.

Malah tiada perbincangan secara terperinci antara Areel dan pihak produksi selepas perkhidmatannya itu ditamatkan.

Sebahagian besar hasil akhir filem ini adalah hasil kerja Shaharudin dan Saiful Reza.

ABDUL RAHMAN DALI

PENERBIT STUDIO KEMBARA

Dalam pada itu, Rahman memberitahu hanya 35 peratus hasil kerja Areel digunakan dalam filem yang memulakan tayangan pada 11 Januari ini.

“Visual yang disiapkan oleh Areel dalam durasi tiga hingga empat jam sebelum disunting. Daripada situ hanya 35 peratus sahaja digunakan.

“Sebahagian besar hasil akhir filem ini adalah hasil kerja Shaharudin dan Saiful Reza,” ujarnya.

2436018

Antara babak yang ada di dalam filem Pendekar Awang.

Sementara itu, Saiful Reza selaku pengarah bersama mengakui menggalas tanggungjawab berat apabila dia diberi tugas menggantikan orang lain dalam filem yang menelan belanja RM15 juta ini.

“Memang agak mencabar. Saya lakukan yang terbaik sahaja. Semua babak aksi dalam filem ini adalah arahan saya.

“Babak drama dan yang lain-lain saya juga merujuk kepada Shaharudin,” jelasnya.

Filem ini menampilkan pelakon Fattah Amin sebagai watak utama di samping aktor lain seperti Wan Hanafi Su, Amir Ahnaf, Nadhir Nassar dan Nur Fazura.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain