suria

Michelle Yeoh dah jadi ibu, teruja kongsi gambar kaki bayi... Netizen pula sempat mengusik - “Bila mengandung, mungkin itu cucu?”

Michelle anggap permulaan tahun 2024 yang baik selepas terima bayi?

PERKONGSIAN terbaharu pelakon Tan Sri Michelle Yeoh di laman Instagram menjadi tumpuan netizen apabila dia memuat naik foto memegang kaki bayi.

Menerusi hantaran itu juga, Michelle, 61, berkata tahun 2024 adalah permulaan yang mengembirakan dengan kehadiran bayi tersebut.

"Sedikit keajaiban pada hari pertama 2024. Kami sangat diberkati.

michelle 2

Michelle dan Todt berkahwin pada Julai 2023.

"Tidak dapat memberitahu anda betapa gembiranya saya untuk kegembiraan yang sangat istimewa ini," kongsinya dalam satu hantaran pada Selasa.

Pelakon itu bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai bayi yang tidak diketahui jantina itu.

Gara-gara perkongsian itu, ramai netizen mula membuat spekulasi dan berteka teki mengenai status bayi berkenaan sama ada anaknya mahupun anak angkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh akhirnya kahwin Jean Todt selepas hampir 2 dekad bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Michelle Yeoh kongsi foto perkahwinan, siap muat naik gambar atas katil bersama suami

Malah ada juga yang menganggap bayi tersebut merupakan cucunya.

"Lahirkan anak pada usia 61 tahun? Mungkin itu cucu dia.

"Dia ada duit boleh dapatkan anak melalui ibu tumpang, apa-apa pun tahniah.

michelle 3

Michelle anggap tahun 2024 sebagai satu permulaan yang seronok.

"Bila dia mengandung, foto sambut tahun baru tak nampak perut," antara komen netizen.

Untuk rekod, Michelle dan Jean Todt mendirikan rumah tangga selepas hampir dua dekad menjalinkan hubungan cinta.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2004 dan disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Geneva, Switzerland.

Michelle sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan berasal dari Hong Kong.

Namun mereka berpisah disebabkan Michelle tidak mampu memberikan zuriat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain