suria

[V] Adegan lucah sentuh sensitiviti masyarakat, Amir Ahnaf minta maaf janji tak buat lagi

PELAKON Amir Ahmaf secara terbuka memohon maaf susulan babak panas yang dilakonkannya drama berjudul Syurga Itu Tidak Mudah.

Sedar ia tidak sepatutnya berlaku, Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin, 24, berjanji perkara sama tidak akan berulang lagi.

“Saya sedar bahawa isu itu menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia. Saya akui silap dan mohon maaf atas apa yang berlaku.

amir 1

Amir janji takkan ulang kesilapan yang sama.

“Saya akan perbaiki lagi dalam naskah akan datang. Tiada lagi perkara sama akan berulang,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini nama Amir menjadi bualan ramai selepas tular satu klip adegan berbaur lucah bersama seorang pelakon wanita dalam drama berkenaan.

Dalam pada itu, Amir berkata dia bersetuju menerima tawaran drama berkenaan kerana mahu bergandingan bersama Anna Jobling.

ARTIKEL BERKAITAN: Sindiran ‘muka awam’ tak berbekas di hati Amir Ahnaf, kelebihan zahir realiti dalam karakter

ARTIKEL BERKAITAN: Takut keluarga marah berlakon babak panas, Amir Ahnaf sentiasa profesional di set penggambaran

“Saya tahu ada babak itu. Saya terima berlakon drama ni pun sebab ada Anna. Drama lakonannya sebelum ini agak meletop jadi saya mahu berlakon dengan dia.

“Saya juga dapat tahu Anna ada ambil kelas lakonan. Jadi pastinya ia memberi impak pada drama ini,” ujarnya.

Dalam masa sama Amir juga terbuka menerima semua kritikan terhadap dirinya dan akur sekiranya ada dalam kalangan peminat yang mula beralih hati terhadapnya.

amir 2

Amir akan teliti pemilihan skrip.

Dia juga akan lebih teliti dalam pemilihan skrip setiap kerja yang diterima di masa akan datang.

“Saya terima setiap kritikan dan perspektif orang ramai. Setiap orang ada kata-kata untuk dilontarkan.

“Jika ada yang sudah tidak suka saya... terpulang kepada mereka. Itu hak mereka. Saya hanya menjalankan tugas.

“Semestinya saya akan lebih selektif dalam pemilihan kerja selepas ini,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain