suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tinggal beberapa jam sebelum hari ketiga SFMM38, Sufian Suhaimi umum tarik diri

Lagu Budi tarik diri saat akhir SFMM38.

TINGGAL beberapa jam sebelum hari ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) berlangsung, penyanyi Sufian Suhaimi membuat kejutan apabila mengumumkan menarik diri.

Sufian, 31, yang sepatutnya mempersembahkan lagu berjudul Budi berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Ahad.

Bagaimanapun penyanyi itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai keputusan dibuat sebaliknya hanya berterima kasih kepada peminat.

ss

Sufian kongsi khabar sedih di media sosialnya.

"Berat hati saya ingin memaklumkan lagu Budi tidak akan bertanding di semi final Muzik-Muzik kali ini.

"Terima kasih buat semua yang mengundi dan menyokong lagu Budi.

"Tahniah dan selamat maju jaya buat rakan-rakan yang bertanding," katanya.

Lagu Budi merupakan nyanyian bersama Sufian, Luca Sickta dan Kmy Kmo.

ARTIEKL BERKAITAN: Sufian Suhaimi dan teman wanita tampil sedondon, sedia naik pelamin - “Saya panggil dia sayang”

ARTIKEL BERKAITAN: Sufian Suhaimi hantar rombongan merisik ‘Sayang’, peminat puji bakal isteri cantik

Ia antara 30 buah lagu yang berjaya melayakkan diri ke peringkat SFMM 38 selepas mendapat undian tertinggi peminat.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Sufian juga tidak berjaya apabila panggilan telefon dan WhatsApp yang dibuat tidak berjawab.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain