suria

Afdlin Shauki terajui FDAM, komited pulih imej dan reputasi persatuan

Afdlin dilantik sebagai pengerusi FDAM yang baharu.

PENGARAH filem Datuk Afdlin Shauki dilantik sebagai pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) selama dua tahun bagi penggal 2024/2025 pada Sabtu.

Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 52, berkata, dia komited bagi menaikkan kembali profesionalisme dan meningkatkan kembali imej persatuan yang tercalar sebelum ini.

"Tanggungjawab sebagai pengerusi FDAM berat tetapi saya teruja untuk bersama rakan-rakan membawa pembaharuan dan penjenamaan baru supaya kita semua kembali berbangga memegang kad keahlian FDAM.

d4acb1a6-7ad0-478e-96fc-8050701f2b23

Situasi semasa Mesyuarat Agung Dwitahunan FDAM ke-25.

"Kita mahu menjenamakan semula FDAM sebagai tunggak utama untuk pengarah-pengarah di Malaysia.

"Kalau mahu jadi pengarah mesti kena ada FDAM dan diiktiraf sebagai ahli," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar pada Sabtu.

Dalam pada itu, Afdlin berkata, dia juga bercadang membuka penyertaan ahli FDAM kepada pempengaruh digital agar memberi peluang kepada golongan itu menimba pengalaman daripada anggota senior.

ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki rasa bahagia selepas berkahwin, isteri okay tiada majlis kenduri besar-besaran

ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki tamat zaman duda Ogos lalu, pilih pengurus sebagai isteri

Kata Afdlin, peluang itu diberikan kerana golongan berkenaan mula memonopoli kandungan di media sosial ketika ini.

"Kita jangan sombong dan duduk dalam kepompong, sebaliknya mesti membuka tangan kita menerima pembikin filem bebas tidak kira bangsa dan menyokong mereka.

"Akhirnya memperkasakan kembali filem tempatan menjadi objektif utama," jelasnya.

Pemilihan Afdlin adalah berdasarkan undian majoriti ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Dwitahunan FDAM ke-25 yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada pagi Sabtu.

62c857c8-9ae1-4284-babc-a590d13d42a5

Afdlin bersama lapan individu yang terpilih menyandang jawatan di FDAM.

Selain Afdlin, sembilan jawatan lain turut terpilih adalah Khir Mohd Noor (timbalan pengerusi), Mohamad Zaini Hassan (setiausaha), Don Hoe (timbalan setiausaha), Loganathan kanabathy (bendahari) dan Terry Chan (timbalan bendahari).

Manakala empat jawatan ahli jawatankuasa terdiri daripada Mohamed Faizal Syed Ariff, Elrafaei Sapi, Faisal Chal Ahmad dan Muhammad Aiman Mohammad Zaki.

Jawatan presiden FDAM sebelum ini disandang oleh Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London.

Mat London meninggal dunia pada 14 Julai lalu akibat pelbagai komplikasi penyakit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain