suria

Wawa Zainal dah tahu awal Mawar Rashid dan Raf nak berpisah, doa kembali bersatu

Wawa sudah mengetahui lebih awal berkenaan perpisahan Raf dan Mawar.

SEBAGAI seorang sahabat, pelakon dan usahawan Wawa Zainal berharap hubungan aktres Mawar Rashid dan bekas suaminya, Raf Yaakob akan kembali erat dan bahagia semula.

Melihat Mawar dan Raf sebagai pasangan yang cukup romantis sebelum ini, Wawa atau Nu Hawa Zainal Abidin, 32, mengesahkan perpisahan mereka bukanlah disebabkan orang ketiga.

"Mungkin perpisahan itu adalah keputusan yang terbaik buat mereka. Cuma saya harap mereka dapat kembali bersatu semula.

wawa 1

Wawa dan Aeril ketika ditemui media.

"Mereka berpisah bukan disebabkan orang ketiga. Jadi saya dan suami percaya ada sinar untuk mereka," katanya kepada mStar.

Wawa ditemui bersama suaminya iaitu Aeril Zafrel ketika majlis pra pelancaran filem terbaharu mereka berjudul Klepet yang berlangsung di Putrajaya pada Rabu.

Tambah Wawa, dia dan Aeril sudah mengetahui tentang keputusan perceraian itu sebelum pasangan berkenaan membuat pengumuman di laman sosial mereka pada 23 November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid, Raf pilih jalan berpisah kerana tiada lagi persefahaman... Jaga hubungan baik demi anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Berani komen jahat tapi tak tunjuk muka... Aeril dan Wawa ‘sound’ netizen sentuh isu sensitif, enggan jadi mangsa buli siber

Terkejut mendengar hasrat mereka untuk berpisah, Wawa juga hanya mampu mendoakan yang terbaik buat pasangan berkenaan.

"Sebelum kisah ini heboh diperkatakan kami sudah tahu. Mereka ada maklumkan tentang hasrat untuk bercerai dan pasti kami amat terkejut.

"Apabila dimaklumkan mahu bercerai, kami hanya mendengar sahaja. Nak beri nasihat pun, kami bukanlah orang yang baik sangat. Kita terus doakan untuk mereka berdua," katanya.

raf 1

Mawar dan Raf mengumumkan perpisahan mereka pada 23 November lalu.

Wawa juga belum berkesempatan bertemu Mawar atau Raf selepas mereka berpisah.

"Kami belum jumpa mereka lagi. Berilah mereka ruang untuk bertenang. Kami pun tidak mahu ganggu mereka," jelasnya.

Untuk rekod Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2 dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain