suria

“Saya bukan muka T20” - Shuib pelik dituduh tayang kemewahan, paparan di media sosial bukan gambaran sebenar

Shuib banyak berkorban demi perniagaan miliknya.

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib berasa pelik apabila ada menuduh dia sengaja mempamerkan gaya hidup mewah di laman sosial.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, berkata, kebanyakan perkongsian yang dibuat di laman sosial miliknya adalah disebabkan tuntutan kerja kerja berbayar.

"Pelik juga orang kata sebegitu tentang saya. hidup mewah yang macam mana mereka nampak pada saya?

shuib 3

Kehidupan keluarga Shuib sering jadi perhatian ramai.

"Saya tak adalah kaya sangat dan tak hidup mewah, saya biasa-biasa saja. Kalau orang luar tengok saya pergi bercuti, buat reviu di tempat mahal, itu semua percuma... Orang yang bayar saya.

"Selain ada perniagaan sendiri, saya juga ada pekerjaan lain sebagai penyampai radio. Jadi janganlah cakap saya bermewah, saya biasa saja. Saya muka orang awam, bukan wajah T20," katanya.

Menjawab tentang isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja di syarikat minumannya iaitu Bubble Bee, Shuib memberitahu ia sudah pun selesai.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib mengaku sangkut bayar caruman pekerja Bubble Bee, salah urus pengurusan lama jadi punca... Sudah jumpa KWSP lunas secara ansuran

ARTIKEL BERKAITAN: Fitnah dah lama kenal Shuib sebelum pemergian Siti Sarah... Watie tunjuk bukti suami hantar DM mengurat

Dalam masa sama perkara tersebut dianggap satu peringatan kepadanya sebagai majikan supaya lebih teliti dalam pengursan syarikat serta hak pekerja.

"Seramai 300 pekerja sudah dimaklumkan mengenai pembayaran KWSP melalui kiriman e-mel dan memo. Isu tersebut telah pun selesai.

"Ia umpama 'wake up call' untuk saya. Kalau tak dicuit mungkin saya tak sedar. Secara tak langsung ia pengajaran untuk saya," ujarnya.

Saya tak adalah kaya sangat dan tak hidup mewah, saya biasa-biasa saja

SHUIB

PELAWAK/PENYAMPAI RADIO

Berkongsi pengalaman menjalankan perniagaan itu sejak 2019, kata Shuib dia sanggup tidak mengambil sebarang gaji bagi memastikan kewangan syarikat benar-benar kukuh.

Bukan itu sahaja, dia juga turut menyalurkan wang daripada hasil pendapat lain supaya semua kebajikan pekerja tidak terabai.

"Sebenarnya sudah setahun tak ada gaji dengan Bubble Bee. Semuanya saya buat secara percuma sebab saya pemilik syarikat ini dan saya perlu berjuang sampai habis.

shuib 2

Shuib baru sahaja melancarkan cawangan ke-45 Bubble Bee di Melaka.

"Ada rezeki daripada sumber lain yang saya salurkan kepada Bubble Bee hanya untuk melihat perniagaan terus bergerak.

"Hampir tujuh angka nilai yang saya bawa masuk ke Bubble Bee daripada sumber kewangan yang saya dapat," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain