PELAKON dan pempengaruh media sosial Syifa Melvin memberitahu kehidupannya berubah selepas kelahiran anak sulung iaitu Saif Sulaiman pada 30 September lalu. Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 29, berkata dia masih lagi dalam proses menyesuaikan diri bergelar seorang ibu. Sepanjang dua bulan menjadi ibu, dia pernah menangis menguruskan anak kerana terlalu tertekan. Syifa mula biasakan diri dengan kehidupan sebagai ibu. "Perubahan hidup yang drastik ya, mula-mula memang kekok dan stress, menitik air mata berapa kali, badan penat, tidur memang tak kenal dah," katanya. Syifa berkongsi perkara itu menerusi Instagram yang turut memaparkan fotonya bersama Saif. Dia bagaimanapun memaklumkan kehidupannya kembali ceria selepas berjaya mengawal perubahan tersebut secara baik. Malah isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid itu juga mendoakan agar wanita yang masih menanti cahaya mata turut merasai kebahagiaan sepertinya suatu hari nanti. ARTIKEL BERKAITAN: Syifa dan ‘eye shadow’ hijau berpisah tiada, adik-beradik usik macam punggung lalat ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin dan Safawi Rashid timang bayi lelaki, pilih nama Saif Sulaiman "Tapi lama kelamaan dah dapat rentak, jadi seronok bergelar ibu bapa. Bila tengok anak pun timbul perasaan bahagia itu. "Saya doakan yang masih menanti (zuriat), penantian itu bakal berakhir tak lama lagi. "Rahim korang akan dihuni oleh malaikat kecil yang akan membawa 1001 kebahagiaan buat korang, Amin," ujarnya. Untuk rekod, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!