suria

[V] Kedudukan selesa dan disukai barisan juri, Hady Mirza jawab tuduhan anak emas Ramli MS

PENYANYI asal Singapura Hady Mirza menjelaskan setiap peserta program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dilayan sama rata dan tidak wujud sifat pilih kasih dalam kalangan juri.

Hady atau Muhammad Mirzahady Amir, 43, sekali gus menyangkal dakwaan dia menjadi peserta kegemaran ketua juri iaitu Datuk Ramli MS.

Malah kata Hady, dia tidak melihat atau merasai sebarang layanan istimewa dalam kalangan peserta termasuk dia sendiri sepanjang enam minggu pertandingan berlangsung.

"Tak mungkinlah... Saya rasa yang lain-lain kot jadi anak emas.

ASTRO_0551

Hady sangkal dirinya menerima layanan istimewa dari juri.

"Saya tak tahu tapi kalau ikut saya, kami semua mendapat layanan sama rata termasuk ketika latihan.

"Setiap persembahan yang kami buat, sesi post mortem juga sama rata," katanya kepada mStar.

Hady menjelaskan perkara itu menerusi sidang media selepas konsert minggu keenam ASGV yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

ARTIKEL BERAKITAN: Kurang stamina dan isu pernafasan, Zamani peserta keenam tersingkir All Stars Gegar Vaganza

ARTIKEL BERAKITAN: ‘Ku Mohon’ doa buat bumi bergolak, pembukaan All Stars Gegar Vaganza minggu kelima dedikasi buat Palestin

Kata Hady, setiap perserta memberikan yang terbaik ketika berada di pentas ASGV dan perkara itu turut boleh dilihat sendiri oleh penonton menerusi persembahan mereka.

Jelasnya pengorbanan yang dibuat oleh setiap peserta untuk fokus pada ASGV ini membuatkan mereka berjaya menambat hati juri dengan persembahan mereka.

"Kami semua komited, berkerja keras dan berkorban masa untuk menumpukan pada ASGV. Jadi tak boleh nak kata ia layanan istimewa.

ASTRO_0453

Persembahan Hady pada minggu keenam dapat pujian penonton.

"Setiap peserta memberikan usaha yang terbaik untuk persembahan mereka. Saya boleh nampak. Mereka bagi 'kaw-kaw'... tak ada simpan.

"Jadi bab anak-anak emas ini saya tak tahu," ujarnya.

Pada konsert minggu keenam, Hady berjaya meriah kedudukan ketiga selepas beberapa minggu berada di kedudukan bawah.

Pada pertandingan minggu keenam ini, Liza Hanim muncul juara dengan markah sebanyak 76.75 diikuti Hardy Mirza (76.50) dan Azharina (75.25).

Sementara Zamani pula terpaksa berlapang dada apabila diumumkan sebagai peserta tercorot dengan markah 56.50 peratus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain