suria

Belum tayang tapi sudah trending, Anna Jobling bimbang jangkaan peminat terhadap Syurga Itu Bukan Mudah 

Syurga Itu Bukan Mudah gandingan pertama Anna dan Amir.

PELAKON Anna Jobling tidak menyangka drama lakonannya Syurga Itu Bukan Mudah trending di media sosial biarpun ia belum lagi ditayangkan.

Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 23, berkata dia memasuki set penggambaran drama berkenaan agak lambat berbanding pelakon lain disebabkan komitmen kerja di Bali, Indonesia.

Bagaimanapun, sewaktu hari pertama aktres tersebut menjalani penggambaran, dia terkejut apabila mendapat tahu drama lakonannya itu trending di media sosial.

"Sebenarnya pelakon-pelakon lain sudah masuk set penggambaran terlebih dahulu sebab saya ada penggambaran di Bali.

anna1 - 1

Anna terharu dengan sokongan peminat.

"Jadi masa hari pertama saya masuk set, saya terkejut drama berkenaan dah trending. Saya tak sangka sokongan yang diterima begitu luar biasa," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Anna meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan peminat yang sering memberikan sokongan terhadap kerjaya seninya.

Bagaimanapun sambutan awal yang diterima membuatkan wujud rasa bimbang terhadap jangkaan peminat terhadap drama berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling bukan jenis boros, ada akauntan peribadi urus kewangan... Pasang impian beli rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling tak suka dibandingkan dengan aktres lain, tiada kaitan gosip Meerqeen dan Ameera Khan

"Sejujurnya saya sangat terharu dan bersyukur kerana dikurniakan peminat yang sentiasa memberikan sokongan... Saya memang sangat terkejut.

"Saya tak nafikan ada rasa bimbang apabila peminat mula meletakkan harapan tinggi terhadap drama ini.

"Tetapi insya-Allah drama ini akan diterima ramai sebab saya belum pernah lagi melakonkan watak seperti dalam drama ini," ujarnya.

Saya rasa soal chemistry kami biarlah penonton yang tentukan.

ANNA JOBLING

PELAKON

Menyentuh soal gandingan bersama pelakon Amir Ahnaf, Anna memberitahu ini pertama kali mereka dipertemukan dalam sebuah drama.

Aktres berkenaan turut memuji komitmen yang diberikan Amir dan menyifatkan kerjasama yang terjalin antara mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

"Ini merupakan pertama kali saya berlakon bersama Amir... tetapi sebelum ini kami sudah bertemu ketika sesi bacaan skrip.

"Saya rasa soal chemistry kami biarlah penonton yang tentukan. So far, saya tidak ada masalah berlakon dengan dia kerana Amir pun sangat profesional.

anna2 - 1

Anna senang berlakon bersama Amir.

"Amir betul-betul study fasal drama ini dan saya selalu nampak dia menelaah skrip sewaktu di set penggambaran... Dia begitu bersungguh ingin berikan terbaik dan itu membuatkan saya senang bekerja dengannya," katanya.

Sebelum ini, Syurga Itu Bukan Mudah menjadi trending apabila rakaman video teaser drama berkenaan tersebar di media sosial.

Netizen mula tidak sabar untuk menonton gandingan Anna dan Amir menerusi serta sudah menjangka drama berkenaan bakal menjadi hit.

Drama 20 episod itu akan ditayangkan di slot Mega Drama Astro Ria November depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain