suria

Ira Kazar tunjuk bakat di dapur… Selepas resepi sambal sotong kegemaran suami, kali ini kentang bakar daging buat netizen terliur

Netizen bimbang kentang akan habis di kedai selepas Ira berkongsi resepi.

SELEPAS berkongsi resepi sambal sotong memikat hati suami, nama isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kembali menjadi sebutan netizen media sosial.

Mana tidaknya kali ini, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazruddin, 28, berkongsi pula resepi kentang bakar bersama inti daging.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Ira dilihat begitu cekap memasak dan menumis bahan-bahan membuat menu berkenaan.

Ira kentang

Resepi kentang bakar mudah dan sedap dari Ira.

Malah aksinya itu membuktikan dia semakin hebat di dapur selepas menjadi isteri sepenuh masa sejak Januari lalu.

Bukan itu sahaja, suara Ira yang penuh lembut semasa berkongsi mengenai resepi berkenaan turut mencuri perhatian netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya memuji suara dan cara penyampaian Ira.

ARTIKEL BERKAITAN: Cantiknya Ira Kazar jadi model telekung tapi sayang ramai ugut tak nak beli

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil Ira Kazar sebagai model, Aliff Syukri minta jangan boikot produknya - “Saya tak sokong mana-mana”

Mereka juga mencadangkan kepada Ira supaya berkongsi lebih banyak resepi selepas ini.

"Sedapnya suara Ira. Voice over dia spontan saja kalau cuba banyak kali nanti dia tak jadi excited.

"Comelnya suara, ulang banyak kali sebab merdu sangat suara Ira. Lepas ini nak tengok video Ira pula.

Ira kazar

Netizen teruja dengar suara merdu Ira.

"Selepas ini sold out semua kentang dekat kedai! Banyakkan lagi resepi masakan Ira," antara komen netizen.

Untuk rekod, Ira bergelar isteri kedua kepada Syamsul selepas pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mengumumkan sendiri berita tersebut di Instagram pada 5 Januari lalu.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana yang juga isteri pertama Syamsul ketika itu bertindak memfailkan perceraian sebelum mereka sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain