suria

Cetakan pertama album Amir Masdi habis terjual, pusing satu Malaysia jumpa peminat

Amir Masdi bakal mengadakan siri jelajah album di Hard Rock Café, Melaka pada 15 September ini.

PENYANYI Amir Masdi bakal mengadakan siri jelajah bersempena pelancaran album pertamanya di Hard Rock Cafe Melaka pada 15 September ini.

Amir atau Amir Syazwan Masdi, 27, berkata, penganjuran siri jelajah itu merupakan salah satu impiannya malah projek itu adalah bonus kepada penerbitan album yang memuatkan 12 buah lagu itu.

“Untuk jelajah album ini memang menjadi impian saya. Kalau ada album sahaja saya belum betul-betul puas, tapi kalau dapat buat jelajah album satu Malaysia, itu adalah bonus untuk projek ini.

Amir Masdi 2

Amir sedang melakukan cetakan kedua untuk albumnya.

“Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dapat menjayakannya di lokasi pertama di Hard Rock Cafe, Melaka. Kalau tanya penyanyi lain, lokasi itu sangat baik sekiranya mahu membuat persembahan.

“Kalau ikutkan memang risikonya agak tinggi sebab ada tiket dan perlu pergi banyak lokasi. Tapi, saya tengok ramai peminat yang minta untuk buat showcase.

“Kalau saya buat di tempat yang sama nanti orang akan bosan. Jadi, saya dengan pihak pengurusan buat jelajah itu supaya dapat menjual album ini ke seluruh negara,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Peminat suka ada nilai sentimental”... Impian Amir Masdi tercapai, lancar album fizikal pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Masdi mahu hidupkan semula fesyen retro, tak peduli dilabel ‘tua sebelum usia’ yang penting jiwa muda

Amir berkongsikan bahawa dia bakal menyanyikan kesemua lagu dalam album itu termasuk beberapa lagu lain.

Penyanyi itu yakin dengan tawaran harga tiket yang mampu milik membolehkan peminatnya hadir untuk sama-sama menikmati persembahan bertaraf kelas A.

Jelajah album ini memang menjadi impian saya. Kalau dapat buat jelajah satu Malaysia, itu adalah bonus.

AMIR MASDI

PENYANYI

Jelas Amir, tiket telah mula dijual pada minggu lalu dan di peringkat awal, sebanyak 300 sudah terjual.

“Ini juga adalah projek yang bagus sebab saya dapat berjumpa dengan peminat dari pelbagai negeri di Malaysia. Dalam perancangan, kami mahu jayakan di sebanyak lokasi yang mampu.

“Harga tiket bermula dengan RM100. Penonton akan dapat tiket fizikal dan gelang tangan. Cenderahati dan album fizikal akan dijual nanti. Mereka yang masuk dengan tiket boleh beli cenderahati itu,” katanya.

amir

Tiket bagi album tour kali ini terhad kepada 1,000 sahaja.

Dalam masa sama, Amir turut berkongsi yang album pertamanya itu sudah habis terjual dan proses cetakan kedua sedang dilakukan.

Batch pertama sudah habis terjual sebanyak 300 unit pada showcase baru-baru ini. Jadi, pada album tour, ini adalah cetakan baharu dan cenderahati yang akan dijual pada hari kejadian nanti khas untuk orang yang datang.

“Hard Rock Cafe juga ada umumkan satu perkara yang istimewa untuk album tour saya ini. Saya adalah artis pertama yang membuat persembahan pada hari ulang tahun ke-10 mereka,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain