suria

Nama kena petik dalam video, teman wanita anak ND Lala pula tampil jawab tuduhan... “Apa pakcik merapu ni?”

Giliran Eiza pula tampil mendedahkan disebalik kenyataan ND Lala.

SUSULAN pendedahan Datuk ND Lala mengenai penyerahkan kereta yang dilakukan oleh anaknya iaitu Amir Syafiq, seorang wanita dipercayai kekasih kepada Amir tampil menjawab beberapa tuduhan dilemparkan penyanyi itu.

Berang namanya dipetik dalam video berkenaan, wanita dikenali sebagai Eiza Idanie mendakwa kenyataan ND Lala itu satu penipuan dan mengarut.

Menerusi ruangan komen pada video berkenaan, Eiza Idanie mendedahkan hal sebenar membabitkan keluarga teman lelakinya itu.

Eizaa

Eiza minta kenyataan ND Lala melibatkan namanya ditarik balik.

Eiza yang turut berada di lokasi kejadian memberitahu keluarga teman lelakinya sudah puas memujuk penyanyi itu untuk pulang menyelesaikan masalah mereka.

"Pakcik dah petik nama saya ini. Baik tarik balik apa pakcik merapu ini. Sanggup pakcik menipu kata kami mencuri?

"Jangan pakcik nanti lagi terbuka pelung pakcik. Orang narsistik memang macam ini. Saya tak bolehlah bila tengok suami membelakangi isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Penularan video serah kereta calar imej ND Lala, tak pernah rasa dihina sedemikian rupa... Minta bekas isteri berhenti menipu

ARTIKEL BERKAITAN: ND Lala dedah bekas isteri desak cerai, bini muda mulanya tolak nikah... Jangan panggil dia penyondol

"Nak merajuk keluar dari rumah konon nak bini sedar, tapi rupa-rupanya keluar tidur rumah bini baru. Penat kita orang pujuk baliklah rumah berbincang," katanya.

Sebelum ini, menerusi Instagram ND Lala tampil menerusi tiga hantaran video menjelaskan mengenai kemelut rumah tangganya dengan bekas isteri, Fauziah Sarman.

Dalam salah satu video itu, ND Lala menyebut anak lelakinya bersama teman wanita telah mengambil kereta milik isteri baharunya yang berada di Kedah.

Mengulas mengenai perkara itu, Eiza berkata rakaman video yang dilakukan olehnya pada malam kejadian itu atas kebenaran penyanyi berkenaan.

553

Antara babak dalam rakaman video yang tular.

Menurutnya, ketika itu keluarga teman lelakinya masih tidak dapat memastikan status hubungan ND Lala bersama isteri baharunya iaitu Siti Munirah Abdul Ghani.

"Jadi pakcik boleh rakam video... kami tak boleh? Sedangkan masa itu pakcik sendiri cakap dekat kami... uncle rekod video, Eiza pun boleh rekod video. Jadi saya rakam video, baru adil!

"Masa itu Syafiq ikut cakap pakcik sebab dia masih ada hormat pakcik sebagai bapanya dan masa itu kami belum dapat sahkan pakcik dah berkahwin sorok dengan Mun (nama panggilan Munirah).

"Walaupun masa itu baju-baju pakcik dan Mun bercampur seluar dalam dan bra dekat beg baju di dalam kereta. Lagi pun masa serahkan kereta Mun panggil pakcik bos kan.

nd

ND Lala dan Fauziah sah bercerai pada 5 September lalu.

"Pakcik lebih baik diam... tak habis lagi nak tulis point satu point dua sampai malas orang nak dengar. Semua pakcik saja yang betul. Orang lain semua salah. Pakcik betul-betul narsistik," tulisnya.

Pada 9 Ogos lalu, Fauziah memaklumkan sudah diceraikan suaminya yang melafazkan cerai itu di Masjid Ar Rahman, Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu dan memaklumkan tentang lafaz itu melalui aplikasi WhatsApp pada 8 Ogos.

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 5 September lalu mengesahkan lafaz dibuat penyanyi itu terhadap Fauziah.

Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada tahun 1989 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain