suria

Derita sakit tumit dan lutut, Zarina Zainuddin selamat jalani pembedahan bariatrik

Zarina mengalami masalah kesihatan.

PELAKON Zarina Zainuddin selamat menjalani pembedahan bariatrik di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Rabu.

Zarina, 53, berkata, dia mengambil keputusan melakukan pembedahan itu susulan berdepan dengan masalah kesihatan termasuk sakit tumit serta lutut dan bimbang jika ia semakin parah di kemudian hari.

"Sebenarnya saya melakukan pembedahan bariatrik ini kerana mempunyai masalah kesihatan... saya menghadapi masalah seperti sakit tumit dan sakit lutut.

zarinaa - 1

Zarina bersama doktor yang merawatnya.

"Alhamdulillah, doktor sudah memperbaiki ulu hati saya yang longgar dan kantung perut agar saya tidak makan berlebihan.

"Apabila berat badan berlebihan, kita rasa tak selesa nak berjalan... cepat penat. Jadi, saya melakukan pembedahan ini dan syukur semuanya berjalan lancar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin sabar layan anak autisme, kali ini Azal lari rumah jiran stres Azil kerap mengamuk

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin minta doa panjang umur, terkejut dapat berita dia sudah meninggal dunia

Zarina berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, Zarina berkata, ketika membuat pemeriksaan kesihayan sebelum pembedahan dia tidak menyangka mempunyai masalah kesihatan dalaman yang tidak pernah diketahui.

Pelakon drama Keluarga Iskandar itu memberitahu bacaan kolesterol dalam badannya agak tinggi dan mengakui perubahan tahap kesihatan yang dialaminya.

"Saya sendiri tidak menyangka kolesterol dalam badan saya begitu tinggi. Sebelum ini kalau saya sakit selepas makan ubat sekejap saja sudah sembuh.

"Tetapi sekarang kalau saya sakit makan masa sehingga seminggu untuk kembali sembuh. Sekarang ini saya perlu jaga kesihatan selain dpemakanan sangat penting.

"Selama ini kita main makan saja sebab sedap kan... tak sangka selepas pemeriksaan rupanya dalaman badan saya macam-macam masalah," ujarnya.

Ketika dihubungi mStar, Zarina memaklumkan dia kini sedang berehat di rumah bagi menjalani tempoh pemulihan.

TOP zarina - 1

Zarina mahu menjaga kesihatan dengan baik.

Tambahnya lagi, dia memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhannya dan akan melalui tempoh berpantang selama dua minggu.

"Insya-Allah demi kesihatan saya akan sihat semula... tolong doakan saya cepat sembuh.

"Sekarang saya berada di rumah dan perlu berpantang selama dua minggu minum susu sahaja... saya akan mengikut segala arahan yang diberikan doktor," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain