suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Altimet selesai mengundi, sempat bergambar dengan bakal pengantin

Altimet (kiri) selesai mengundi untuk PRN Selangor.

PENYANYI Altimet yang juga merupakan calon Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya selamat menjalankan tanggungjawab mengundi pada pagi Sabtu.

Altimet atau Syed Ahmad Syed Ambdul Rahman Alhadad, 45, hadir mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat.

Menerusi perkongsian, penyanyi itu memberitau dia mengambil inisaitif untuk datang awal melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi kawasan berkenaan.

altimet 2

Altimet juga mendapat ucapan dan sokongan ramai peminat di media sosial.

"Awal tak kalut," katanya.

Altimet berkongsi gambar hari mengundi di laman Twitter miliknya.

Sementara itu dalam perkongsian lain, penyanyi ini sempat merakamkan gambar bersama seorang pengantin lelaki yang turut hadir mengundi sebelum melangsungkan pernikahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Altimet segak berbaju Melayu merah, berdepan pertembungan satu lawan satu di DUN Lembah Jaya

"Bro ini laksanakan tanggungjawab. Lepas itu tambah tanggungjawab. Doakan dia sekali lafaz.

"Selesai (mengundi). Tahniah kepada tuan pengantin," ucapnya.

Altimet juga merupakan calon PRN kali ini bagi DUN Lembah Jaya.

Dia mewakili Pakatan Harapan (PH) menentang calon Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslziah Syed Ariffin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia