suria

Air mata Shuhada mengalir lagi, kali ini gembira jadi individu bertuah tengok pintu Kaabah dibuka

Shuhada teruja melihat pintu Kaabah dibuka.

BEKAS isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi antara individu bertuah apabila berpeluang melihat pintu Kaabah dibuka ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.

Shuhada, 29, turut sempat merakam video saat pintu Kaabah dibuka sambil mulutnya tidak berhenti berdoa memohon kebaikan daripada Allah SWT sambil menangis.

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... Kau makbulkanlah doa-doa kami. Kau tunaikanlah permintaan kami. Kau tunaikan hajat kami secepat mungkin.

"Ya Allah, Kaulah Yang Maha Baik, Ya Allah... Berikanlah kebahagiaan kepada kami, Ya Allah. Angkatlah kesedihan kami, Ya Allah,” lafaznya dalam doanya.

shuhada2 - 1

Perkongsian Shuhada di Instagram miliknya.

Shuhada berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu.

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan petugas-petugas dan polis bantuan di Masjidil Haram sedang menuju ke Kaabah untuk membuka pintu Kaabah itu bagi membersihkan kawasan sekelilingya.

Kata Shuhada, dia bersyukur kerana dapat melihat sendiri pintu itu dibuka dan sempat memegang kain yang digunakan untuk mengelap dinding Kaabah.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas sah cerai, bekas isteri Hafidz Roshdi berangkat ke Tanah Suci tunai umrah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lafaz 22 Februari sah... Hafidz Roshdi dan Shuhada akhirnya cerai talak satu

"Alhamdulillah, Allah izinkan untuk melihat dengan mata sendiri pembukaan pintu Kaabah.

"Allah izin dapat pula pegang kain yang digunakan untuk lap dinding Kaabah... Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?

"Saya bersyukur Ya Allah atas semua nikmat dan ujianMu... Alhamdulillah," ujarnya.

Menerusi perkongsian yang dibuat juga, Shuhada dilihat sempat bergambar di hadapan Kaabah dengan persalinan telekung berwarna putih.

shuhada3 - 1

Shuhada sedang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.

Shuhada turut meluahkan rasa syukur dengan peluang dan rezeki yang diperoleh di Tanah Suci Makkah ketika menunaikan ibadah umrah.

"Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar... Kaulah Maha Baik, Ya Allah. Terima kasih atas segalanya, Ya Allah.

"Terima kasih untuk ujianMu, terima kasih untuk nikmatMu... Alhamdulillah aku termasuk dalam golongan orang yang beruntung, Ya Allah," katanya.

Pada Sabtu lalu, Shuhada berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan umrah dan memohon orang ramai mendoakan agar urusan ibadahnya dipermudahkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain