suria

Facebook kena godam bukan gimik… Ella buat laporan polis kerana imej tercalar, cabar ‘hacker’ datang konsert

Ella cuba dapatkan kembali Facebook miliknya selepas membuat laporan polis.

PENYANYI Ella terkejut apabila mendapat tahu akaun Facebook miliknya digodam individu tidak bertanggungjawab pada 27 Julai lalu.

Kata Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 58, apa yang berlaku itu bukanlah gimik kerana tindakan penggodam itu boleh memberikan kesan kepada dirinya.

“Saya tidak rancang untuk buat gimik. Saya rasa ia satu perbuatan yang tidak elok dan boleh memberikan kesan,” katanya kepada mStar.

WhatsApp Image 2023-07-31 at 22.11.45

Ella anggap Facebook digodam sebagai perbuatan tidak elok.

Ella berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun serta pengumuman konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin.

Sebelum ini, Ella menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya memaklumkan akaun Facebook miliknya telah digodam.

Susulan insiden itu, Ella tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, Selangor pada hari kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Video aksi jelik buat peminat terkejut, Facebook Ella kena godam

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih untuk 35 tahun”... Ella padam foto IG, beri bayangan tinggalkan dunia seni

Dia juga membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mendapat semula akaun tersebut.

Ella berkata laporan berkenaan dibuat kerana tindakan penggodam itu memuat naik video tidak senonoh telah mencemarkan imej baiknya.

Malah Ella juga mencabar individu yang menggodam akaunnya untuk hadir ke konsert yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada 28 Oktober ini.

Saya cabar orang itu untuk datang ke konsert saya.

ELLA

PENYANYI

“Perkara ini bukan main-main, kita tahu sekarang sosial media sangat penting kerana itu juga salah satu tempat cari makan.

“Saya cabar orang itu untuk datang ke konsert saya. Saya tak takut kerana kita ada kawalan keselamatan yang baik,” ujar.

Bercakap tentang siri kedua konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota, Ella memberitahu ia sebagai satu tanda penghargaan buat peminat terutamanya mereka yang tinggal di utara Semenanjung Malaysia.

Ella

Ella cabar pengodam untuk datang ke konsertnya.

“Saya mahu semua peminat yang menyokong saya sejak hari pertama berada dalam industri untuk datang menyaksikan konsert ini... ini adalah hadiah buat mereka,” jelasnya.

Tiket konsert tersebut akan mula dijual pada 2 Ogos di www.hitmanlive.com.

Pada Jun lalu, Ella membuat kejutan memadam semua gambar di Instagram sebagai gimik sempena konsert yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain