suria

Majakelat juara Mega Spontan, bawa pulang wang tunai RM200,000

Majakelat membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.

KUMPULAN Majakelat muncul sebagai juara program Mega Spontan musim pertama yang berlangsung di Panggung Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada malam Jumaat.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan kumpulan itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200,000 berserta trofi.

Majakelat dianggotai oleh Joey Daud, Adlin Aman Ramlie, Mamat Sepah, Sanjna Suri dan Oky Danial.

WhatsApp Image 2023-07-07 at 11.24.51 PM

Joey turut dipilih sebagai pemenang pemain terbaik pusingan terakhir.

Joey turut dipilih sebagai Pemain Terbaik Pusingan Akhir dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan sebuah trofi.

Sementara itu, kumpulan Srivijanda yang dianggotai oleh Mamak Puteh, Ropie, Fadli Masoot, Aya Amiruddin dan Apit Wan Lebo terpaksa berpuas hati ditempat kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Inspektor Sheila mengaku Iqbal kacak terbuka hati selepas bertentang mata... Sedondon macam pengantin

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wujud ‘double standard’ terhadap pelawak, Joey Daud ‘gaduh’ dulu sebelum setuju harga

Namun tiada hadiah disediakan buat Srivijanda.

Dalam pada itu, pihak Astro berbesar hati menyerahkan RM5,000 kepada penyanyi veteran Datuk M Daud Kilau bagi membantu meringankan bebannya yang diduga dengan masalah kesihatan.

Mega Spontan dihoskan oleh Sherry Alhadad turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna HD (107).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain