suria

“Padanlah dengan harga artis”… Janna Nick upah MUA dari Thailand, netizen ‘siasat’ kos mekap kahwin hampir RM10,000

Janna berhabis hampir RM10,000 untuk dapat solekkan yang berseri di hari bahagia.

MAJLIS resepsi perkahwinan ala barat pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann di sebuah resort mewah di Pulau Langkawi pada Sabtu lalu mendapat perhatian ramai.

Bukan sahaja kemeriahan acara berkenaan, malah solekan pada wajah Janna juga turut menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini.

Susulan itu, seorang pengguna Facebook mendedahkan aktres berkenaan menerbangkan jurusolek khas daripada Thailand bagi menata rias cantik wajahnya pada hari bahagia itu.

Pengguna laman berkenaan berkongsi mengenai cas dan upah yang dikenakan oleh jurusolek dikenali sebagai Babara Beer itu.

Netizen cari tahu harga solekan Janna Nick.

Katanya, dia sekadar bertanya harga kepada jurusolek berkenaan selepas tertarik melihat hasil solekannya pada Janna itu.

Dalam perbualan di aplikasi WhatsApps, Babara mengenakan bayaran sebanyak 70,000 bath atau RM9,331.19 untuk perkhidmatan solekan di Malaysia.

"Ketika disaat ini viral makeup artist (MUA) Thailand yang makeup untuk Janna Nick, love betul kan tengok. Saja tanya harga make up MUA Thailand ini.

"70,000 bath. Kita sahaja tanya. Padanlah itu dengan harga artis.

ARTIKEL BERKAITAN: Resepsi Janna Nick terus jadi bualan... Caprice pertahan Wadi Annuar, tak salah baca doa majlis ala barat

ARTIKEL BERKAITAN: Dah sah pun malu-malu... Aksi comel ketika ambil gambar kahwin buat peminat tersenyum, puji imej bertudung Janna Nick

"Kemampuan masing-masing, kalau rasa nak cantik dan rasa mampu tiada masalah," kongsinya.

Difahamkan, Janna merupakan individu kedua di Malaysia yang menggunakan khidmat jurusolek itu selepas Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah.

Meninjau ke Instagram Babara Beer, Janna juga ada meninggalkan komen menyukai hasil solekan pada wajahnya.

328706074_549475333809160_3512603270077097558_n

Nama Babara Beer jadi carian netizen Malaysia.

"Terima kasih banyak atas sentuhan awak Babara. Sangat menakjubkan. Saya sangat gembira untuk memiliki awak pada hari besar saya. Hingga ke suatu masa yang akan datang," katanya.

Sehubungan dengan pendedahan tersebut, rata-rata netizen berpendapat hasil solekan berkenaan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Malah ada juga yang berpendapat bahawa solekkan berkenaan sesuai dengan Janna memandangkan aktres tersebut memiliki kulit yang bersih.

"Sesuailah dengan harga dia, lagi pun dia pernah makeup Tun Aminah kot.

"Barang make up mahal dan berkualiti, tapi kulit dia pun cantik itu nampak berseri.

Kejelitaan Janna pada hari bahagia jadi buah mulut orang.

"Tapi rasanya MUA Malaysia pun mampu hasilkan solekan macam ini," antara komen netizen.

Pada pagi Sabtu, Janna dan Dini atau Dini Azan Schatzman, 29, disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Janna iaitu Muner Abdullah dengan bersaksikan pengerusi masjid berkenaan, Othman Yahya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain