suria

Ramai tergamam Man Kidal hempas gitar, konsert 40 tahun Lefthanded berjaya pukau penonton

Persembahan Man Kidal memukau penonton.

KONSERT Lefthanded 40 Tahun Rockestra yang berlangsung pada malam Sabtu meninggalkan rasa puas dalam kalangan peminat yang berpuas hati dengan persembahan diadakan.

Plenary Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) juga gamat apabila pemain gitarnya, Man Kidal menunjukkan belangnya dengan aksi bertenaga pada konsert berkenaan.

man1 - 1

Penonton terpukau dengan aksi Man Kidal.

Malah aksi Man atau Abdul Rahman Mahmood ketika bermain gitar turut menjadi tular di laman sosial susulan gaya persembahannya yang luar biasa meskipun usianya sudah mencecah 60 tahun.

Man bersama seorang lagi gitaris iaitu Ritz benar-benar melepas 'gian' memetik gitar mereka sehinggakan Man turut membuat aksi memijak dan membaling instrumen berkenaan di atas pentas.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert hadiah Lefthanded sempena 40 tahun berkarya, tampil bersama orkestra sebagai kelainan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Konsert Kasih Pengasih 2023' satukan Iklim, Ameng, Zamani dan Amir Ukays... Inisiatif kumpul dana untuk pusat pemulihan baharu

Tidak cukup itu, Man turut mengeret gitar yang dihempas ke tepi pentas membuatkan penonton tergamam dengan aksinya itu.

Melihat ke ruangan komen rata-rata warganet kagum dengan aksi yang ditujukkan Mat Kidal.

Malah ada juga secara berseloroh meminta pemain gitar itu untuk bersabar kerana usianya yang telah lanjut.

"Mat Kidal kena rasuk ke? Main baling gitar macam tu je.

"Rasa nak jerit, mahal gitar itu. Mesti gitar syarikat punya.

"Lambung tinggi-tinggi baru berkecai, cuba bawa bertenang sikit," antara komen netizen.

man2 - 1

Man Kidal membuat persembahan bersama Nash.

Pada konsert itu, Lefthanded yang dianggotai Datuk Nash (vokalis), Hafiz Dayak (dram), Rio Rasul (keyboard) dan Fly (bass) mempersembahkan lagu-lagu popular mereka sepanjang 40 tahun aktif dalam bidang seni.

Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu turut mengetengahkan perjalanan muzik Lefthanded menerusi 20 buah lagu yang disampaikan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain