suria

Zaiton Sameon tak tengok lirik ketika buat persembahan, nak suruh nyanyi lagu bahasa Mandarin pun boleh!

Zaiton masih boleh menyanyi dan ingat semua lagu.

PENYANYI Zaiton Sameon berasa bersyukur kerana masih lagi menerima pelbagai undangan nyanyian meskipun usianya kini sudah mencecah 66 tahun.

Zaiton berkata, dia menerima banyak undangan untuk memeriahkan majlis makan malam selain turut menyanyi di majlis kahwin.

Malah bayaran yang diterima juga setimpal dengan persembahan yang dia lakukan.

347634874_1180971243299112_8724830633830318142_n

Zaiton masih terima undangan untuk menyanyi.

"Alhamdulillah, undangan menyanyi masih ada. Majoriti banyak yang tawarkan untuk majlis makan malam tahunan, majlis kahwin pun ada.

"Kalau majlis makan malam tahunan yang meminta saya menyanyikan lagu Bahasa Cina pun saya boleh. Bayaran pun okay, setimpal" katanya kepada mStar.

Zaiton berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program Amal Sumbangan Rahmah Industri Muzik pada malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 32 tahun terlibat kemalangan ngeri, Zaiton Sameon kini pemegang kad OKU - “Saya sudah hilang semuanya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada lagi air mata untuk menangis”... Zaiton Sameon akui kisah hidupnya kini ada kaitan dengan lagu pernah dinyanyikan

Kata Zaiton, rata-rata peminatnya seakan tidak percaya dia mampu menyanyi dengan baik selepas disahkan mengalami trauma kecederaan otak.

"Setengah orang tak percaya saya masih menyanyi. Saya masih ingat lagi lagu-lagu saya, saya tak perlu bantuan skrin semasa menyanyi," katanya lagi.

Berkongsi tips menjaga ingatan dengan baik, penyanyi Menaruh Harapan itu memberitau dia mengamalkan pengambilan kurma dan madu setiap hari.

350482576_232914302783610_7297344297564347541_n

Zaiton antara artis menerima Sumbangan Rahmah Industri Muzik.

"Saya banyak amalkan makan madu dan kurma, setiap pagi mesti akan akan ambil dua itu," jelasnya.

Berkongsi perkembangan terkini, Zaiton memberitahu bahawa dia baru sahaja siapkan album yang berjudul Reda.

"Saya dah buat album yang bertajuk Reda yang berunsur keagamaan. Saya harap pendengar insaf bila mendengar lagu ini," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Tun Daim meninggal dunia