suria

Jaclyn Victor terbang ke New York rakam single terbaharu ‘Kembalilah’

Jaclyn jatuh cinta dengan Kembalilah ketika pertama kali mendengarnya.

KEMANTAPAN vokalnya membuatkan penyanyi Jaclyn Victor terbang ke New York untuk berkerjasama dengan Gerald Sellan dan Adrian Puan bagi lagu terbaharunya berjudul Kembalilah.

Jaclyn atau Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 44, berkata dia terkejut apabila dilamar oleh komposer dan penulis lirik itu bagi menyanyikan karya mereka.

“Mula-mula tu saya memang terkejut apabila Gerald dan Adrian approach saya dan beritahu yang mereka nak saya nyanyikan lagu hasil karya mereka.

IMG_7842 bw

Jaclyn terbang ke New York untuk Kembalilah.

"Kedua mereka ni berada di New York! Jadi, saya pun terbang ke sana untuk merealisasikan impian mereka dan juga diri saya sendiri," katanya.

Kongsi Jaclyn, dia bagaimanapun mula menyukai lirik lagu Kembalilah itu semasa proses pembikinan dan menhafal lirik lagu berkenaan.

Katanya, setiap lirik Kembalilah mempunyai mesej yang mendalam kerana menyentuh menyentuh tentang iman, harapan, cinta abadi, peluang kedua dan juga kelahiran semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor alami masalah sinus kronik, perlu jalani pembedahan untuk elak gangguan sewaktu menyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jaclyn Victor ada ‘mantra’ sendiri di pentas GV9, hadiah RM100,000 untuk simpanan anak-anak

"Melodi lagu ini sememangnya mendayu dan penuh bermakna. Bayangkan betapa terujanya saya dapat menyanyikan lagu ini kerana pembikinan lagu ini sahaja memakan masa lebih 10 tahun. Ini yang dinamakan peluang kedua.

"Walaupun mengambil masa yang lama tetapi ia pasti datang dan jangan sekali-kali berputus-asa!" katanya lagi.

Sementara itu, Gerald selaku komposer dan penulis lirik lagu ini memberitahu bahawa dia peminat tegar penyanyi bersuara mantap itu.

IMG_8201

Adrian dan Gerald dah lama simpan hasrat berkerjasama dengan Jaclyn.

Malah dia juga telah lama menyimpan cita-cita untuk berkerjasama sebelum Jaclyn menyertai Malaysiam Idol lagi.

"Bekerja dengan Jaclyn adalah seolah-olah impian menjadi kenyataan! Ketika menulis lirik Kembalilah suara Jaclyn yang berlegar-legar di dalam kepala saya! Bayangkan betapa minatnya saya dengan vokal beliau," ujarnya.

Manakala Adrian selaku komposer lagu Kembalilah menganggap Jaclyn sebagai bintang legenda dan satu pengormatan dapat berkerjasama dengannya.

“Memang bertuah dan seperti satu penghormatan apabila dapat bekerja dengan seseorang yang berkaliber dan dihormati ramai. Bagi saya, tiada siapa yang layak untuk menyanyikan lagu Kembalilah kecuali Jaclyn!" jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain