suria

“Tiada lagi air mata untuk menangis”… Zaiton Sameon akui kisah hidupnya kini ada kaitan dengan lagu pernah dinyanyikan

Zaiton menyifatkan kehidupannya berkait rapat dengan judul lagu.

LEBIH 30 tahun berada dalam industri seni, penyanyi Zaiton Sameon mengakui kehidupannya kini berkait rapat dengan lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan olehnya sebelum ini.

Menurut Zaiton, 67, lirik yang dinyanyikan dalam beberapa lagu itu seolah-olah menggambarkan kisah duka perjalanan hidupnya.

"Saya sangat terharu dengan perhatian orang ramai tetapi tidak boleh menangis. Sudah tidak ada air mata lagi untuk menangis.

zaiton3 - 1

Zaiton akui tiada lagi air mata untuk menangis.

"Lagu-lagu saya semua ada kena mengena dengan hidup saya kan? Berendam Airmata, Menaruh Harapan dan Diriku Yang Tersingkir," katanya kepada mStar.

Mengimbau detik hitam kemalangan yang menimpanya kira-kira 32 tahun yang lalu, Zaiton berkata dia tidak pernah meminta mana-mana bantuan daripada persatuan artis.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 32 tahun terlibat kemalangan ngeri, Zaiton Sameon kini pemegang kad OKU - "Saya sudah hilang semuanya"

ARTIKEL BERKAITAN: Rendang Nasib bantu hidup Zaiton Sameon, sedih orang masih ingat lupa ingatan

Sepanjang tempoh itu juga tiada mana-mana pihak yang mengambil tahu mengenai kebajikannya sebagai seorang anak seni.

"Sepatutnya mereka ambil tahulah tentang perkembangan saya kan?

"Kenapa sewaktu saya di hospital masing-masing berebut datang, tetapi selepas saya keluar hospital, tiada sebarang bantuan diberikan," ujarnya.

Lagu-lagu saya semua ada kena mengena dengan hidup saya kan? Berendam Airmata, Menaruh Harapan dan Diriku Yang Tersingkir.

ZAITON SAMEON

PENYANYI

Apa yang membuatkan Zaiton lebih sedih apabila ada pihak mendakwa dia sudah tidak boleh menyanyi lagi.

Malah kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh rakan artis seangkatannya.

"Ada individu yang membawa mulut memberitahu penganjur bahawa saya kini sudah tidak boleh menyanyi dan dikatakan 'lalok'.

"Saya masih lagi boleh menyanyi, mengingati lirik, malah mengaji pun masih boleh membaca dengan tajwid yang betul," katanya.

zaiton2 - 1

Zaiton kini merupakan pemegang kad OKU.

Pada 14 November tahun lalu, Zaiton menerima kad Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas disahkan mengalami Traumatic Brain Injuries atau Trauma Kecederaan Otak berikutan kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya pada 1990.

Dalam kemalangan itu, anaknya iaitu Azirwan Abu Bakar terkorban dalam nahas tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain