suria

Cemburu lihat orang lain bahagia, A. Aida doa jumpa jodoh terakhir... mahu lelaki berkarier dan penampilan menarik

Ramai lelaki yang cuba mendekati A. Aida.

PERNAH melalui fasa kegagalan rumah tangga sebanyak empat kali, penerbit Datuk A. Aida mengakui ada ketika dia juga cemburu melihat kebahagian orang lain yang mempunyai pasangan.

Percaya bahawa jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Allah, A. Aida atau Zaidah Awang, 53, juga sering teringat pesan arwah ibu tentang dirinya yang sukar ‘melekat’ dalam perhubungan.

“Arwah ibu pernah cakap, saya ini ada segala-galanya, tetapi bab berkaitan suami Allah tidak kurniakan rezeki. Saya reda dengan ketentuan itu dan terima bahawa belum ada rezeki ke arah itu.

“Tapi saya akui sedih dan cemburu melihat orang lain berpasangan, terutamanya kebahagiaan adik-beradik sendiri. Saya sentiasa tertanya-tanya kenapalah tidak mendapat kenikmatan hidup berumah tangga yang kekal lama.

a aida 2

A. Aida juga mahukan lelaki yang berkongsi minat sama dengannya.

“Namun semua itu telah ditulis Allah dengan baik. Saya kena terima,” katanya kepada mStar.

Selepas empat tahun kembali hidup sebagai ibu tunggal, A. Aida tidak pernah menutup hati untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki yang boleh memahami dirinya.

Meskipun ada beberapa lelaki yang cuba mendekati dirinya, namun belum wujud perasaan sayang selain dia juga ada ciri-ciri idaman yang dimahukan.

“Ada sahaja yang nak kenal dan selalu mesej saya, tetapi perasaan sayang dan rindu itu belum wujud. Kalau kita sayang seseorang mestilah akan akan ada rasa rindu nak jumpa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tiada kepentingan politik” - A. Aida kecewa kontrak perkhidmatan ahli lembaga Finas ditamatkan

ARTIKEL BERKAITAN: “Bakat boleh asah, paling penting wajah cantik dan kacak” - A. Aida cari pelakon baharu, ajak orang ramai datang uji bakat di Ekspresi@Finas

“Saya sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan lelaki terakhir yang akan menjadi peneman di hari tua. Kalau boleh biarlah dia seorang yang boleh membimbing saya.

“Tapi saya mahu juga seorang yang ada kerjaya dan harta sendiri. Tidaklah nak mengharapkan duit saya nanti. Penampilan juga haruslah jaga sebab nak bawa jalan di karpet merah,” ujarnya.

Bercerita tentang sambutan Aidilfitri tahun ini, A. Aida akan membawa empat orang cahaya matanya itu bercuti ke Jepun.

“Memang selalunya kami akan bercuti bila musim perayaan. Tahun ini kami pilih Jepun sebab anak lelaki saya mahu melawat tempat-tempat bersejarah di sana.

Saya sentiasa tertanya-tanya kenapalah tidak mendapat kenikmatan hidup berumah tangga yang kekal lama.

DATUK A. AIDA

PENERBIT

“Inilah masanya untuk saya luangkan masa bersama anak-anak sebab semuanya cuti serentak,” jelasnya.

Untuk rekod A. Aida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali dan hasil dari kesemua hubungan tersebut dia dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Perkahwinan A. Aida dengan penyanyi Ameng pada 1994 dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Wan Aleesya, 27 dan Wan Natasha yang kini berusia 22 tahun.

Pasangan itu bagaimanapun bercerai pada 2003.

a aida 3

A. Aida akan membawa anak-anak bercuti ke Jepun.

Penerbit itu juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis selepas bercerai dengan vokalis kumpulan Spring itu namun butiran perkahwinan keduanya itu tidak dijelaskan.

A. Aida kemudiannya bertemu jodoh dengan pegawai polis, Sufian Sulaiman pada 2007 namun mereka bercerai pada 2013.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rahul yang kini berusia 14 tahun.

Selepas lima tahun hidup menjanda, A. Aida sekali lagi berkahwin dengan aktor Ariff Aziz pada 2018 namun rumah tangganya itu hanya bertahan selama 10 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain