suria

Trofi Oscar akhirnya sampai Malaysia, ibu Michelle Yeoh rileks genggam dalam persalinan baju kelawar

Michelle membawa pulang trofi Oscar ke Malaysia.

PELAKON Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya membawa pulang trofi kemenangannya di Anugerah Oscar ke kampung halamannya Ipoh, Perak pada Rabu.

Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 61, menerusi Instagram turut memuat naik foto ibunya iaitu Datin Janet Yeoh sedang memegang trofi berkenaan dalam persalinan baju kelawar.

Michelle turut membawa teofi berkenaan sewaktu menziarahi kubur mendiang bapanya iaitu Datuk Yeoh Kian Teik.

michelle11 - 1

Michelle membawa trofi Oscar ke tanah perkuburan mendiang ayahnya.

“Bawa pulang Encik O (Oscar). Tanpa sokongan, kasih sayang dan kepercayaan ibu bapa, saya tidak akan berada di tempat saya sekarang.

"Saya terlalu sayang pada anda berdua," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh bakal bawa pulang trofi Oscar ke tanah air, ibu luah rasa bangga

ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh tunai janji, bawa pulang trofi Oscar 18 April ini

Michelle berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Pada 12 Mac lalu, Michelle mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar ke-95 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles.

Kemenangan itu menyaksikan Michelle bukan sahaja wanita pertama dari Malaysia memenangi kategori itu tetapi seluruh Asia.

Aktres berkenaan memenangi trofi tersebut hasil lakonan mantapnya dalam filem berjudul Everything All At Once yang sekali gus menewaskan calon lain termasuk Cate Blanchett (Tar), Ana De Aemas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans).

Sementara itu, Michelle dijadualkan bertemu peminat pada 18 April ini menerusi program istimewa ‘Pride of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet’ di Pavilion Kuala Lumpur pada pukul 4 petang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain