suria

Rita Rudaini terima hadiah istimewa sempena hari jadi, anak sulung dapat Anugerah Pengetua MRSM

Rita sebak lihat kerjayaan anak sulung yang membanggakan setiap tahun.

ANAK sulung pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin mencuri perhatian apabila menerima Anugerah Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Gemencheh, Negeri Sembilan selepas mendapat keputusan cemerlang.

Rita, 47, berkata, sebagai seorang ibu dia bersyukur dan berasa bangga dengan pencapaian anak kesayangannya itu yang tidak putus-putus memberikan hadiah setiap kali ulang tahun kelahirannya.

"Tahun lepas ulang tahun kelahiran Mommy, Rayyan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM. Tahun ini Rayyan bagi hadia dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi. Syukur Alhamdulillah," katanya.

Rita berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan Rayyan, 14, berjalan di atas pentas untuk mengambil anugerah tersebut.

Rayyan menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran.

Dalam pada itu, Rita berkata, tiada apa yang dia harapkan daripada anaknya itu selain berharap Rayyan menjadi yang terbaik untuk diri sendiri meskipun berdepan dengan pelbagai kata-kata kurang enak tentang mereka sekeluarga.

Kata Rita, dia turut menyifatkan anugerah diterima anaknya itu sebagai rezeki di bulan Ramadan yang mulia.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Perang’ di mahkamah lagi mencabar, Rita Rudaini imbau kepayahan bela diri dan nasib anak-anak - “Fasal roti gardenia pun akan jadi isu”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen sebak tengok ‘handle’ anak seorang diri, Rita Rudaini akan tuntut di akhirat - “Sebesar kuman saya tak halalkan”

"Mommy tak minta lebih cuma nak anak-anak Mommy buktikan pada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yang kita mampu berjaya.

"Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana Allah sentiasa ada untuk kita. Jadi terbaik untuk diri sendiri bukan untuk puaskan hati orang lain.

"Terima kasih Allah kerana hadiah rezeki anak-anak yang baik untukku. Sudah memadai. Rezeki Ramadan," luahnya lagi.

Pengikut aktres itu di Instagram turut meluahkan rasa kagum dengan kejayaan Rayyan dan memuji Rita yang berjaya mendidik anak-anaknya meskipun terpaksa membesarkan mereka seorang diri.

Rita bangga dengan pencapaian ditunjukkan dua anak lelakinya, Rayyan dan Qaqa.

"Dia kalau dapat Anugerah Pengetua ini mesti cerdik, ibu tunggal pun mampu beri didikan terbaik untuk anak-anak.

"Ini bukti tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Tahniah Rita," antara komen netizen.

Rita sebelum ini pernah berkahwin dengan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan Abd. Razak pada 25 Februari 2008 di Songkhla, Thailand namun bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, 12 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain