suria

Dingin dengan keluarga sendiri, perasaan jadi kosong... Hun Haqeem dedah setahun jumpa pakar psikiatri 

Hun Haqeem jalani 10 sesi rawatan bersama pakar psikiatri untuk sembuh.

PELAKON Hun Haqeem mendedahkan pernah mendapatkan rawatan psikiatri lebih setahun lalu ekoran kesihatan mentalnya terjejas.

Hun atau Haqeem Hermy, 26, berkata, kesihatan mentalnya terganggu disebabkan berlaku masalah peribadi selain melibatkan tekanan dalam kerjayanya sebagai pelakon.

"Setiap orang akan mengalami masalah kesihatan mental, tidak kiralah dia seorang selebriti atau pun tidak sebab itu semua dugaan dari Allah.

"Kesihatan mental saya terganggu sepanjang 2021 dan 2022, malah ia adalah tahun paling mencabar buat saya. Banyak perkara yang terjadi tapi saya tak dapat kongsi secara terperinci.

318226793_179259984693402_6396410954333970567_n

Hun jumpa pakar psikiatri untuk mendapatkan rawatan.

"Apa yang boleh saya kongsi, ia ada melibatkan beberapa perkara dalam karier seni dan masalah peribadi," katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai keadaannya ketika itu, Hun memberitahu sikapnya bertukar dingin termasuk dengan ahli keluarga tanpa sebarang sebab tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem pernah jadi tukang pembancuh air di surau, bantu bina watak dalam ‘Imam Instant Ustazah Scammer’

ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem hampir ‘beku’ gara-gara Piala Dunia, kagum semangat kesukanan masyarakat Korea Selatan

Kata Hun, perasaannya menjadi kosong dan lebih suka menyendiri berbanding berkomunikasi dengan orang lain.

"Perasaan saya ketika itu kosong, kalau bercakap dengan orang atau keluarga macam terpaksa. Mungkin ada yang pandang remeh mengenai perkara ini tapi tidak bagi saya.

Banyak perkara yang terjadi tapi saya tak dapat kongsi secara terperinci.

HUN HAQEEM

PELAKON

"Sikap saya juga kadang kala menakutkan anak buah saya memandangkan mereka berharap saya dapat meluangkan masa bersama mereka.

"Tapi syukur keluarga dan rakan baik banyak beri sokongan. Orang sekeliling pun banyak bantu saya ketika itu," kongsinya.

Dalam pada itu, Hun tidak bersetuju masalah kesihatan mental boleh diubati dengan bergantung kepada amalan kerohanian sebaliknya seorang pesakit perlu mendapatkan rawatan pakar di hospital.

339706363_3293294227600574_1759330787130898272_n

Hun ambil masa setahun untuk sembuh.

Kata Hun, bagi dirinya sendiri, dia terpaksa melalui sebanyak 10 sesi rawatan dengan pakar psikiatri selama setahun sebelum benar-benar pulih seperti sedia kala.

"Masalah mental ini tidak bergantung kepada agama sahaja, kadang-kadang kita kena minta bantuan dan berbual dengan manusia juga.

"Saya terpaksa lalui 10 kali sesi perjumpaan dengan pakar dan ia mengambil masa setahun untuk pulih. Alhamdulillah sekarang semuanya sudah kembali normal," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain