suria

Hun Haqeem pernah jadi tukang pembancuh air di surau, bantu bina watak dalam ‘Imam Instant Ustazah Scammer’

Hun dan Mira seronok bergandingan dalam drama.

PENGALAMAN sebagai pembancuh air di surau jadikan inspirasi buat pelakon Hun Haqeem menjayakan watak sebagai Imam Asyraf dalam drama terbaharu lakonannya berjudul Imam Instant Ustazah Scammer.

Kata Hun atau Haqeem Hermy, 25, dia juga banyak mendekati jemaah masjid ketika sama-sama hadir menunaikan solat supaya lebih mendalami karakter seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri tinggi nilai agama.

“Banyak karakter sekeliling yang menjadi rujukan saya dan kemudian disatukan untuk menjayakan watak Imam Asyraf.

“Saya juga mendekati jemaah sewaktu ke surau bagi menunaikan solat secara berjemaah. Malah saya juga pernah menjadi budak bancuh teh di surau ketika bulan Ramadan. Dari situ juga saya mendalami watak ini,” katanya.

hun haqeem 1

Hun guna pengalaman sendiri mendalami watak sebagai seorang imam.

Bergandingan dengan Mira Filzah buat pertama kali dalam drama, kata Hun mereka tidak ada masalah untuk bekerjasama kerana sebelum pernah terlibat menjayakan video muzik Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Siapa Tak Mahu.

Tambahnya gandingan mereka berdua kali ini sangat menarik dan pasti akan membuatkan penonton terhibur apabila drama ini mula ditayangkan pada 5 Mac ini di saluran Astro Ria.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan solat guna kerusi, lutut Hun Haqeem cedera ketika penggambaran ‘Nenek Bongkok Tiga’

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Baru 7 bulan sudah jadi rebutan... Mira Filzah tak terfikir bawa anak masuk dunia hiburan

“Sangat best berlakon dengan Mira kerana kami pernah bekerjasama dalam MV sebelum ini.

“Ada chemistry antara kami dan kali ini saya janjikan vibe yang menarik untuk tontonan semua,” jelasnya.

Malah saya juga pernah menjadi budak bancuh teh di surau ketika bulan Ramadan. Dari situ juga saya mendalami watak ini

HUN HAQEEM

PELAKON

Sama seperti Hun, Mira, 30, turut meluahkan rasa seronok bergandingan buat pertama kali dalam sebuah drama arahan Hadith Omar ini.

Menjayakan watak Effa sebagai seorang wanita yang berpura-pura menjadi ustazah demi menutup kegiatan penipuan, Mira juga menganggap ini adalah kemunculan semula selepas lama berehat dari dunia lakonan.

mira filzah 1

Mira kembali berlakon selepas melahirkan anak pertama pada Mei tahun lalu.

“Gementar juga kembali berlakon selepas lama berehat. Alhamdulillah saya dapat buat comeback dengan sebuah cerita yang ringan dan komedi. Semoga semua orang cuka menonton drama ini.

“Saya tidak perlu berlebihan untuk buat watak komedi. Semuanya dibantu oleh orang sekeliling, skrip dan props di lokasi.

“Watak Effa merupakan seorang wanita yang terdesak,” ceritanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain