suria

Puteri Sarah tak hadir sebutan kes nusyuz, Syamsul jaga lisan isu rumah tangga 

Syamsul hadir bersama peguamnya, Azmi Mohd Rais.

PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof memilih untuk lebih menjaga lisannya berhubung isu rumah tangganya dengan isteri pertama iaitu Puteri Sarah Liyana yang masih belum bertemu titik noktah.

Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, berkata, bersempena bulan Ramadan ini juga dia berharap semua isu dapat diselesaikan dengan baik.

"Doakan yang baik-baik bulan Ramadan ini. Saya nak selesaikan apa yang patut dulu.

"Saya pun nak jaga kata-kata, tak mahu keluarkan yang tidak sepatutnya," katanya ketika ditemui pemberita.

WhatsApp Image 2023-04-06 at 9.23.27 AM

Syamsul kelihatan ceria ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Syamsul tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada pagi Khamis bagi sebutan kes nusyuz terhadap Puteri Sarah.

Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu ditemani peguamnya, Azmi Mohd Rais dan kelihatan ceria dan tenang ketika ditemui pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul buat pendedahan Puteri Sarah berlaku curang dengan suami orang

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sedia tengok Syamsul dan Puteri Sarah berdamai tapi ada syaratnya

Puteri Sarah bagaimanapun tidak hadir pada sebutan kes berkenaan.

Syamsul sebelum ini memfailkan permohonan nusyuz terhadap Sarah pada 21 Mac lalu.

Permohonan itu dibuat selepas Syamsul enggan menceraikan Sarah pada 7 Mac lalu sebelum mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain