suria

Hasrat Jamal Abdillah sambut kelahiran anak di hari ulang tahun perkahwinan tak kesampaian, doktor saran isteri untuk tidak lagi hamil

Jamal sudah pilih nama anak.

HASRAT penyanyi Datuk Jamal Abdillah untuk menyambut kelahiran anak bongsu pada tarikh ulang tahun perkahwinannya dengan isteri iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin nampaknya tidak tercapai.

Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 63, berkata, isterinya bakal melahirkan anak keempat mereka secara pembedahan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak hospital iaitu pada 14 April depan.

"Alhamdulillah, sambutan Aidilfitri tahun ini akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata bongsu saya. Isteri saya bakal melahirkan bayi perempuan pada 14 April ini secara pembedahan.

jamal2 - 1

Jamal teruja menantikan kelahiran anak bongsu.

"Kalau saya dan isteri merancang untuk bayi kami dilahirkan pada 1 April sempena ulang tahun perkahwinan.

"Tapi, doktor kata terlalu awal dan memberikan tarikh 14 April ini," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu pernah marah Zaki dan Yamani, Jamal Abdillah tunjuk 'thumbs up'

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Sharul Kamal sampai sakit demi Yamani dan Zaki, bangga dapat satukan semula hubungan anak Jamal Abdillah

Jamal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu raya terbaharu, Rindu Di Hari Lebaran yang diadakan di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.

Dalam pada itu, Jamal memberitahu dia menerima banyak cadangan nama anak yang dikongsi oleh peminat dan memilih untuk berkongsi selepas isterinya melahirkan nanti.

Alhamdulillah, sambutan Aidilfitri tahun ini akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata bongsu saya.

JAMAL ABDILLAH

PENYANYI

"Saya terima hampir beratus nama menerusi kiriman mesej langsung (DM) selepas meminta pandangan peminat di media sosial.

"Namun, selepas mendengar pendapat ramai katanya lebih elok kalau saya cari sendiri nama yang sesuai. Saya ada mencari nama seperti ibu nabi Yusof yang membawa maksud air mata syurga.

"Tapi, apa-apa pun saya belum boleh kongsikan kepada umum. InsyaAllah tunggu selepas isteri saya bersalin nanti," ujarnya.

Sementara itu, Jamal berkata doktor menasihati isterinya supaya tidak hamil lagi kerana sudah empat kali menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi.

"Alhamdulillah, dah ada empat orang anak cukuplah. Doktor pun nasihatkan dan tidak benarkan isteri saya hamil sebab semua anak kami lahir secara pembedahan.

"Apa-apa pun, saya bersyukur kesihatan bayi dalam kandungan isteri sekarang berada dalam keadaan baik,” katanya.

jamal1 - 1

Jamal bakal kongsi nama anak selepas dilahirkan.

Untuk rekod, Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017.

Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Rayyan Yamani yang kini berusia setahun.

Menerusi perkahwinan sebelum ini, Jamal mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain