suria

Atu Zero bakal terima bayaran tapi dilabel ‘anjing makan tuan’

Isteri Atu meluahkan rasa sedih apabila da yang berkata buruk tentang suaminya.

PELAWAK Atu Zero memaklumkan sudah mendapat respons daripada wakil Awesome TV susulan luahannya berhubung isu bayaran tertangguh kerana penglibatannya menerusi rancangan Awesome Raja Lawak tahun lalu.

Bagaimanapun di sebalik berita baik tersebut, isteri kepada Atu iaitu Syafeeqa Johari meluahkan rasa kesal apabila suaminya itu menerima kata-kata kurang enak dari pihak berkenaan.

"Ada banyak lagi peribahasa Melayu yang lebih enak untuk digunakan. Nak bahasakan seseorang dengan anjing bukan penyelesaian yang baik.

atu zero 1

Isteri Atu mendedahkan perbualan yang diterima dari wakil Awesome TV.

"Bila suami tunjukkan mesej ini, saya sebagai isteri yang melihat suami bekerja rasa sedih. Sampai begini mereka buat suami saya," luahnya.

Syafeeqa menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Menerusi perkongsian tersebut, dia turut memuat naik tangkap layar perbualan Atu dan pihak berkenaan yang mengibaratkannya seperti anjing makan tuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Atu Zero terpaksa merayu minta bayaran, dedah guna duit sendiri ketika penggambaran Awesome Raja Lawak

ARTIKEL BERKAITAN: Awesome TV terpaksa saman lebih RM162 juta penerbit ‘Di Sebalik Dia’ kerana kurang 2 episod

Selain soal bayaran tertunggak, Syafeeq juga memberitahu Atu terpaksa melakukan kerja yang diluar perjanjian kontrak.

"Kesian saya tengok suami kerja. Kadang-kala kerja tiada dalam kontrak pun dia buat. Dia hanya perjuangkan hak datang kerja dan komitmen yang telah diberikan.

"Kami bukan orang kaya, berkehidupan mewah yang boleh petik jari sahaja. Rezeki ini pun bukan hak kami semua, ada untuk anak-anak, ibunya, misi bantuannya termasuklah saya sebagai isteri," ujarnya.

atu zero 3

Atu sebelum ini meluahkan rasa kesal kerana belum menerima bayaran tertunggak dari Awesome TV.

Menerusi tangkap layar perbualan yang dimuat naik, wakil stesen televisyen berkenaan secara sinis turut mengucapkan terima kasih kepada Atu kerana telah merosakkan nama baik mereka.

Individu tersebut turut memastikan bayaran akan dibuat seperti dijanjikan namun meminta Atu untuk sabar menunggu.

Pada Sabtu lalu, Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, 31, meluahkan rasa kesal apabila terpaksa menagih bayarannya dari stesen televisyen berkenaan.

Lebih malang, dia menggunakan wang sendiri sepanjang menjalani penggambaran namun apabila bayaran dituntut dia hanya diberi janji kosong.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain