suria

Naomi Campbell, Ariana Grande antara selebriti hadir rai kejayaan Michelle Yeoh di London 

Michelle Yeoh meraikan kejayaan bersama rakan artis.

PELAKON Tan Sri Michelle Yeoh diraikan dalam sebuah acara gilang gemilang yang dianjurkan pengurusnya iaitu David Unger bersempena dengan kemenangannya sebagai Aktres Terbaik Anugerah Oscar ke-95.

Majlis tersebut berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Hyde Park itu turut dihadiri nama-nama besar termasuk Ariana Grande, Cynthia Erivo, Naomi Campbell, Anya Taylor dan pengarah filem Crazy Rich Asians iaitu Jon M. Chu.

mic2 - 1

Yeoh bersama pasangannya Jean Todt dan pelakon Anya Taylor-Joy.

Yeoh dilihat menggayakan gaun berwarna keemasan bersesuaian dengan tema majlis iaitu The Golden Man yang merupakan trofi Anugerah Oscar.

Pada 12 Mac lalu, bintang kelahiran Ipoh, Perak itu menjadi pelakon pertama dari Asia memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam sejarah 95 tahun penganjuran acara berprestij tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh bakal bawa pulang trofi Oscar ke tanah air, ibu luah rasa bangga

ARTIKEL BERKAITAN: Trofi Pelakon Wanita Terbaik milik Michelle Yeoh, cipta sejarah rakyat Malaysia pertama menang Oscar

Yeoh memenangi trofi berkenaan hasil lakonan mantapnya menerusi filem Everything All At Once sekali gus menumpaskan calon lain termasuk Cate Blanchett (Tar), Ana De Aemas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans).

Sementara itu, Yeoh kini berada di London bagi menjalani penggambaran filem adaptasi muzikal Wicked yang memperlihatkan aktres itu memegang watak sebagai Madam Morrible.

mic1 - 1

Yeoh bersama Cynthia Erivo (dari kiri) dan Ariana Grande.

Kata Yeoh, dia bekerjasama dengan guru vokal kerana watak dimainkan memerlukan dia menyanyi.

"Saya fikir ia sesuatu yang menakutkan (menyanyi). Mereka akan mengubah saya apabila mereka dengar saya menyanyi... tetapi saya sangat seronok," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain