suria

Pegang watak mangsa rogol dalam ‘Liar’ cabaran besar Tiz Zaqyah, hampir kena serangan panik

Tiz Zaqyah tidak kisah tayang badan untuk drama.

PELAKON Tiz Zaqyah tidak kisah menayangkan sebahagian tubuh badannya demi memastikan penonton mendapat mesej yang ingin disampaikan melalui drama terbaharunya berjudul Liar.

Tiz atau Siti Zaqyah Abdul Razak, 35, berkata, dia enggan mengambil pusing tentang kata-kata penonton sekiranya melihat babak di dalam bilik mandi yang memaparkan dirinya seolah-olah tidak berpakaian.

Menurut Tiz, babak di dalam drama tersebut telah diteliti dan dinilai agar bersesuaian dengan jalan ceritanya.

289182521_2427047794117615_8498780587007969673_n

Tiz Zaqyah muncul dengan drama baharu berjudul Liar.

"Bukan sengaja nak tayang badan untuk ditonton orang pun sebab paling penting ialah mesej hendak disampaikan kepada penonton tentang apa dilalui mangsa rogol. Itu yang kami nak sampaikan.

"Kalau ada mahu jadikan itu isu, biarkan sahaja. Bagi saya, ambil mesej positif manakala yang buruk jadikan teladan.

"Jika ada adegan keterlaluan, saya akan berbincang dengan pengarah dan ada juga saya tolak. Mereka sangat menjaga keselesaan dan bertolak ansur dengan saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mencabar! Pertama kali Tiz Zaqyah mandi bunga, puas dapat berlakon babak tak boleh tayang di TV

ARTIKEL BERKAITAN: Gunting gelang pink! Tiz Zaqyah selesai kuarantin Covid-19, Nora Danish belajar dari kesilapan lalu

Tiz berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana drama besiri Liar di ibu kota, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai wataknya sebagai Lara di dalam Liar, Tiz memberitahu bahawa dia menjalani pemeriksaan sebagai mangsa rogol sememangnya sangat memberi kesan kepadanya.

Bukan itu sahaja, watak Lara sangat berat sehingga dia kadang kala rasa tidak sabar untuk menghabiskan penggambaran drama berkenaan.

"Karakter Lara sangat berat terutama sebagai mangsa rogol, Tuhan sahaja yang tahu apa saya rasa. Setiap kali habis penggambaran, saya rasa tidak sabar nak tukar baju dipakai Lara. Rasa dia lain macam sangat.

293012434_5197292193659696_2189935922795805266_n

Tiz Zaqyah bergandingan dengan Tony Eusoff dalam drama Liar.

"Paling membuatkan saya terkesan ialah ketika babak pemeriksaan selepas dirogol. Melihat banyak poster tentang jenayah rogol ditampal dalam bilik tersebut membuatkan saya rasa seperti kena serangan panik namun masih terkawal," kongsinya.

Liar merupakan adaptasi daripada drama British yang turut menggunakan judul serupa bakal menemui penonton pada 3 April di saluran Astro Ria (104) setiap Isnin pukul 9 malam.

Selain Tiz, Liar turut dibintangi Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Datuk Jalaluddin Hassan, Nadiya Nisaa, Nazrief Nazri, Aniq Suhair dan Wan Raja.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain