suria

“Dilacur bagai satu mainan” - Naim Daniel kecewa ramai tonton ‘Projek High Council’ secara haram di media sosial

Naim kesal Projek High Council disiarkan secara haram.

PELAKON dan penyanyi Naim Daniel meluahkan rasa kesal apabila mendapat tahu drama lakonannya iaitu Projek High Council ditayangkan secara haram menerusi sebuah platform media sosial.

Naim, 26, berkata, pihak produkasi termasuk dirinya berhempas pulas demi menjayakan drama berkenaan namun tidak menyangka ada pihak tidak bertanggungjawab menyiarkannya secara haram.

"Siang malam, kami seluruh tenaga produksi bersengkang mata, memperjudikan kudrat dari terbit matahari, hingga ke terbitnya matahari satu lagi. Yang namanya dilakukan buat seni, di balas dengan ini.

"Ada yang gadai masa dengan anak bini, yang dah lama hilang masa dengan keluarga dicintai. Yang bikin atas dasar mencari rezeki. Di cemari dengan cara sebegini," katanya.

Projek High Council cetus fenomena dalam kalangan penonton.

Naim berkongsi perasaan kecewa itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan foto kumpulan laman sembang penyebaran drama berkenaan.

Menerusi gambar tersebut, kumpulan berkenaan berjaya meraih lebih 6,000 pelanggan sekali gus menyiarkan episod terkini drama berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam impak watak Kahar! Nampak ganas tapi rupanya Amir Ahnaf dulu selalu kena buli

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha teringin buat benda nakal semasa remaja, tapi terhalang sebab belajar di ‘sekolah pandai’

Naim yang memegang watak Ayam di dalam drama berkenaan memberitahu banyak dugaan yang memakan masa perlu diharungi bagi menyiapkan Projek High Council namun kini semuanya seakan sia-sia.

"Siang malam, yang lebam-luka satu badan, yang cedera semasa pengambaran, yang hilang selera makan. Diduga oleh pihak yang hilang malu dan ihsan.

"Yang bermati-matian buat persiapan, bukan makan hari tapi berbulan. Dilacur-murahkan bagai semuanya satu mainan," katanya.

Naim meluahkan rasa kecewa di Instagram.

Naim bagaimanapun berharap agar pihak tidak bertanggungjawab itu dapat menjalani hidup yang tenang meskipun telah melakukan kesalahan.

"Harap kepada tukang sebar, tukang tonton, tukang bayar, tukang beli secara haram. Selamat dan lenalah buat kalian, siang dan juga malam," kongsinya.

Perkongsian Naim itu meriah lebih 35,000 tanda suka yang rata-rata turut kecewa dengan tindakan individu berkenaan.

Ramai menonton drama tersebut secara haram di media sosial.

"Akhirnya ada juga yang bersuara, banyak dah yang bocor sebenarnya.

"Yang tengok secara haram kita jumpa dekat akhirat," antara komen netizen.

Selain Naim, Projek: High Council turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat termasuk Amir Ahnaf, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Azhar Sulaiman, Sazzy Falak dan ramai lagi.

Drama tersebut ditayangkan setiap Isnin pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain