suria

Akhirnya tumbang juga… Puteri Sarah masuk hospital sejurus pulang dari Dubai, tahan sakit 17 jam dalam penerbangan

Penat bekerja sampai tak cukup rehat antara punca badan Sarah lemah.

PELAKON Puteri Sarah Liyana terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat mengalami kepenatan sejurus tiba dari Dubai pada Sabtu.

Kata Puteri Sarah, 38, dia mula rasa tidak sedap badan dan mengalami batuk sejak berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah dan menanggung kesakitan sehingga kembali ke Malaysia.

“Saya memang tak cukup rehat... penat sangat. Hanya sehari sebelum umrah saya cuti untuk kemas barang.

sarah 3

Sarah bersama dua orang anaknya berangkat ke Makkah pada hujung Januari lalu.

“Cuaca di sana (Makkah) mungkin juga jadi faktor saya batuk. Mulanya ingat boleh tahan, tetapi sampai sahaja Kuala Lumpur semalam saya rasa terus nak tumbang.

“Lepas pulang ke rumah, selesaikan berkemas dan makan, saya terus ke hospital,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah dapat Syamsul duduk diam-diam!” - Ini jawapan ‘maut’ Puteri Sarah selepas dituduh guna wang Yusof Haslam untuk bayar peguam

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah terkedu anak tanya sama ada betul Syamsul Yusof sudah kahwin lain, punca lama tak balik rumah

Terdahulu Sarah turut berkongsi dia berada di hospital di laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsian itu dia turut memohon maaf kerana terpaksa membatalkan beberapa tawaran kerja berikutan sakit yang dialami ketika ini.

Semalam saya menahan sakit 17 jam dalam penerbangan dari Dubai ke KL

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

“Maafkan saya terpaksa batalkan sesi photoshot. Akhirnya saya tumbang juga.

“Saya perlu berehat dan dipantau doktor. Insya Allah bila sudah sihat nanti saya akan bekerja semula,” tulisnya.

Selepas selesai mengerjakan umrah sebelum ini, Puteri Sarah dilihat turut membawa dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah bercuti ke Dubai.

sarah 2

Sarah terpaksa menangguhkan jadual kerja disebabkan sakit.

“Semalam saya menahan sakit 17 jam dalam penerbangan dari Dubai ke KL. Sampai di sini badan saya dah menggigil kesejukan. Sebab itu terus ke hospital,” ceritanya.

Menerusi rakaman suara yang dihantar kepada mStar jelas kedengaran Puteri Sarah menahan batuk dan tidak boleh bercakap lama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain