suria

Khai Bahar puji Nabila Razali, tak putus asa perbaiki nyanyian… “Macam-macam orang kata tapi dia kuat”

Khai Bahar kagum semangat tak kenal putus asa Nabila Razali.

PENYANYI Khai Bahar memuji dan mengagumi semangat rakannya iaitu Nabila Razali yang tidak pernah berputus asa memperbaiki kualiti nyanyian.

Kata Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, dia melihat banyak peningkatan yang ditunjukkan oleh Nabila sepanjang perjalanan karier seni wanita itu.

324543621_440535551549716_8874391883210988286_n

Khai Bahar kagum dengan peningkatan Nabila Razali.

"Dakwaan tersebut tidak benar. Sudah banyak peningkatan dalam nyanyian Nabila, dia seorang yang rajin dan tidak pernah berputus asa.

"Sebagai seorang sahabat, saya kagum dengan Nabila yang tidak pernah putus asa... dia seorang yang sangat kuat walaupun orang kata dia macam-macam. Dia juga perlukan sokongan daripada rakan-rakan dan peminat, saya nampak perkara itu.

"Hari demi hari dia banyak kemajuan, bila rakam lagu bersama dengan dia pun saya terkejut nampak kemajuan dia daripada dulu sampai sekarang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali terima jika netizen kecam, tapi kesal sindiran datang daripada rakan artis... “Public figure kena tunjuk contoh baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar makin rajin turun gim, mahu kembalikan stamina dan bentuk tubuh menarik

Khai berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu terbaharu iaitu Selagi Ku Ada bersama Nabila Razali di ibu kota, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Khai menganggap teguran semua pihak turut membantu memperbaiki nyanyian seseorang penyanyi.

"Bagi saya teguran daripada semua orang itu tidaklah memburukkan keadaan tapi teguran itu salah satu membantu kita perbaiki salah silap dan kelemahan yang ada," katanya lagi.

324843096_1002069404085371_1210433895491117972_n

Khai Bahar bergandingan dengan Nabila Razali untuk lagi Selagi Ku Ada.

Berkongsi perkembangan terkini, Khai dan Nabila berduet menerusi lagu Selagi Ku Ada hasil ciptaan sepenuhnya komposer dan penyanyi Amylea Azizan.

Lagu ini juga merupakan runut bunyi bagi drama Kerana Cinta Itu Ada yang merupakan lakonan Nabila bersama Aedy Asharf.

Lagu dan muzik video rasmi Selagi Ku Ada ini boleh distrim dan ditonton di semua platform sejak 11 Januari lalu menerusi slauran YouTube Nabila Razali Entertaiment.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain