suria

Bapa Puteri Aishah meninggal dunia

Aishah berkongsi berita duka kehilangan bapanya pada Isnin.

PELAKON Puteri Aishah berkongsi berita duka pemergian bapa tercinta iaitu Sulaiman Ab Rahman di salah sebuah hospital di Kuantan, Pahang kira-kira pukul 8.35 malam, Isnin.

Berkongsi perkara itu menerusi Instastory, Aishah, 28, memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan bapanya itu.

"Pada sesiapa yang mengenali ayah, Sulaiman Ab Rahman... ayah saya baru meninggal dunia pada 8.35 malam tadi (Isnin). Mohon sedekahkan al-Fatihah dan Yassin untuk ayah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aida Aris meninggal dunia, ditemukan tak bernafas di ruang tamu rumah

Aishah berkongsi berita sedih itu menerusi laman Instastory bersama sekeping gambar kenangan bapanya.

Sementara itu, pengurusnya iaitu Iman Tang memberitahu dia masih belum mengetahui punca kematian kerana belum dapat berhubung dengan Aishah.

"Betul ayah dia (Aishah) sudah meninggal dunia. Tetapi sakit dan punca masih tidak dapat pastikan... sebab saya mesej dan call dia tak jawab.

"Minggu lepas (Khamis) dia sudah dapat tahu bapanya kritikal dan dia terus pulang ke Kuantan apabila mendengar khabar. Kemudian pada Ahad dia balik semula ke Kuala Lumpur untuk urusan kerja.

"Semalam (Isnin) saya ada sampaikan ucapan takziah tetapi tidak berbalas. Mungkin dia sedang uruskan pengebumian arwah," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain