suria

Khai Bahar makin rajin turun gim, mahu kembalikan stamina dan bentuk tubuh menarik

Khai Bahar buat badan demi kembalikan stamina selepas dijangkiti Covid-19.

MAHU mengembalikan semula stamina tubuh, penyanyi Khai Bahar memulakan rutin senaman di gimnasium dan mengamalkan pemakanan sihat.

Kata Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, dia kembali menjalani gaya hidup sihat dan menjaga kesihatan selepas mula merasai kesan pasca jangkitan Covid-19.

"Saya sebenarnya nak pulihkan stamina sahaja, itu sebab selalu pergi gim. Bila dah kena Covid-19 rasa nak nyanyi dah lain semput dan tak selesa.

Khai Bahar nak pikat hati peminat dengan tubuh badan.

"Jadi saya nak stamina macam dulu untuk persembahan," katanya kepada mStar.

Khai berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu terbaharu iaitu Selagi Ku Ada bersama Nabila Razali di ibu kota, baru-baru ini.

Tambah Khai, sebagai penghibur dia juga mahu kelihatan menarik dan memiliki bentuk badan yang cantik.

ARTIKEL BERKAITAN: Berani ‘fake account’ minta peminat Khai Bahar duit, siap menyamar ajak buat VC lucah

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali terima jika netizen kecam, tapi kesal sindiran datang daripada rakan artis... “Public figure kena tunjuk contoh baik”

"Kita nak hiburkan orang kena bagi elok. Bila kita buat persembahan orang nampak wow. Kita cuba perbaiki sikit-sikit.

"Setiap hari saya akan luangkan masa selama dua jam untuk gim dan saya selitkan masa senaman yang disarankan jurulatih perbadi saya.

"Saya cakap dekat dia saya nak stamina saya balik sebab sebelum ini saya kena Covid-19," katanya lagi.

305624538_5585124321552418_251411259916328074_n

Khai Bahar syukur dapat stamina seperti dulu.

Dia turut memaklumkan segala usahanya tidak sia-sia apabila staminanya di atas pentas kembali seperti dahulu dan badannya juga kelihatan lebih menarik.

"Alhamdulillah dah tak macam dulu, ada perubahan. Pemakanan pun saya jaga cuma kadang-kadang cheat day juga. Tapi saya memang seorang yang jaga makan juga," ujarnya.

Bercakap mengenai perancangan tahun ini, Khai memberitahu dia bakal muncul dengan lagu baharu bersama penyanyi Adira Suhaimi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain