suria

Bukan benci golongan LGBT tapi Naim Daniel cuma kongsi fakta sebenar... “Saya juga pendosa”

Naim enggan menghakimi mana-maa pihak meskipun dikaitkan dengan golongan LGBT.

SEKADAR berkongsi fakta benar, penyanyi dan pelakon Naim Daniel tidak pernah menyimpan perasaan benci atau marah terhadap mana-mana golongan berkaitan hantaran tentang golongan LGBT (lesbian, gay, bisekxual dan transgender) di Twitter sebelum ini.

Sebaliknya kata Naim, 25, dia hanya bimbang jika ideologi sebegitu disebarkan dan menjadi salah faham dalam kalangan orang yang tidak mempunyai ilmu mendalam tentang LGBT.

“Masing-masing ada pendapat sendiri. Saya tak pernah menyatakan kebencian terhadap golongan LGBT. Ia hanya sekadar topik asas sahaja. Kalau ideologi sebegini disuntik kepada orang yang tak faham, ia akan menjadi satu perkara biasa.

naim daniel 3

Twit Naim yang mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Saya juga pendosa, tetapi bukanlah bangga dengan perbuatan yang dilakukan. Kita dikurniakan akal, jadi pandai-pandailah fikir apa yang sepatutnya,” katanya kepada mStar.

Terdahulu ciapan Naim mengundang pelbagai kecaman golongan berkenaan ekoran memberi pandangan tentang temu bual seorang lelaki dipercayai gay tentang LGBT.

Naim menerusi twit yang dimuat naik berkata, setiap manusia di dunia ini berpasangan di antara lelaki dan wanita bukan sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Naim Daniel dapat banyak sokongan selepas sindir puak LGBT ‘Adam dan Haikal’

ARTIKEL BERKAITAN: Ezra Kong komposer dengan pendapatan tertinggi MACP 2022

"Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan bukannya Adam dan Haikal," tulisnya.

Sebelum itu ciapan Naim mengundang pelbagai pandangan dalam kalangan peminat apabila dia memuat naik satu video seorang lelaki yang dipercayai golongan LGBT.

Sementara itu, bercakap tentang Anugerah Komposer Muda Berpotensi yang diterima di Anugerah Badan Pelindung Hak Cipta Malaysia (MACP) 2022, Naim memberitahu ia merupakan satu pembakar semangat untuk terus menghasilkan karya baharu berkualiti di masa akan datang.

Kita dikurniakan akal, jadi pandai-pandailah fikir apa yang sepatutnya

NAIM DANIEL

PENYANYI/PELAKON

"Tak sangka diberi pengiktirafan sebegitu kerana saya masih baru dalam industri muzik dan banyak lagi selok-belok yang perlu dipelajari. Bila menerima anugerah ini ia membakar semangat buat saya.

"Memanglah ada sedikit tekanan untuk menghasilkan lebih banyak lagu baru, namun perkara itu saya letak paling belakang. Lebih baik saya salurkan tekanan itu kepada satu karya yang bermutu," ujarnya.

Mahu mencuba pelbagai cabaran baharu dalam dunia seni, Naim yang terlebih dahulu dikenali sebagai seorang pelakon berjanji tidak akan meninggalkan bidang itu walaupun namanya semakin meningkat naik dalam industri muzik.

naim daniel 2

Anugerah MACP beri harapan besar buat Naim.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Sumpah ini turut menzahirkan rasa puas dengan pencapaian yang diperoleh setakat ini.

"Pada satu tahap saya telah capai apa yang dimahukan sebagai seorang anak muda namun saya perlu push lebih lagi.

"Aktif dalam bidang muzik tak bermaksud saya akan perlahankan kerjaya lakonan. Tak salah untuk buat semua perkara yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain