suria

Insomniacks kongsi idea peminat dalam ‘Igauan Malam’, tampil dengan MV konsep hantu

Lagu baru Insomniacks dicipta bersama peminat.

TAMPIL dengan sebuah lagu baharu berjudul Igauan Malam, kumpulan Insomniacks melahirkan rasa teruja apabila karya mereka kali ini turut mendapat inspirasi daripada peminat.

Menurut Iqie selaku vokalis, sebahagian lirik dan muzik lagu tersebut sudah mula dicipta sekitar tahun 2020 namun usaha tersebut tergendala disebabkan sibuk dengan projek muzik mereka yang lain.

“Ketika lagu ini mula dicipta pada sekitar Mac 2020, kami juga sibuk menyiapkan album EP sulung berjudul Kepala Batu. Jadi hanya sempat menghasilkan bahagian korus sahaja. Usaha tersebut terhenti di situ.

insomniack2

Insomniacks tidak sabar tunggu komen peminat.

“Kemudian dalam satu sesi live bersama peminat di YouTube kami buat keputusan untuk siapkan sepenuhnya bersama peminat. Mereka bertukar idea menghasilkan lagu ini. Lirik lagu ini juga terhasil dengan mesej positif yang ingin disampaikan,” katanya.

Selain Iqie, lirik lagu tersebut turut dicipta bersama dua anggota lain iaitu Iskandar dan Danial.

Manakala susunan lagu pula digubah oleh mereka bertiga bersama Gavin dan Maniacks.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka buat eksperimen muzik, Insomniacks tak pandang jumlah tontonan YouTube... Enggan cipta ‘drama’ untuk cepat naik

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Lagi Lagi Sayang’ percubaan kedua Syahmi Irfan, tampil lagu ciptaan sendiri

Menyifatkan single kali ini sebuah karya bersama ‘keluarga’ besar Insomniacks, Danial berharap ia dapat memberi suntikan semangat buat peminat yang pernah melalui waktu sukar dalam hidup mereka.

“Kami berharap peminat akan bangga dengan hadiah terbaru ini kerana Igauan Malam boleh dikatakan sebagai karya sebuah keluarga.

Lirik lagu ini juga terhasil dengan mesej positif yang ingin disampaikan.

IQIE

VOKALIS INSOMNIACKS

“Semoga lagu ini dapat didengari oleh seseorang yang mungkin pernah berdepan dengan kesunyian atau kehilangan dan dapat memberi sedikit senyuman buat mereka,” jelasnya.

Sementara itu, untuk menyuntik kelainan dalam pembikinan muzik video, Insomniacks membawa elemen hantu bagi menggambarkan mimpi seram seperti mana tajuk lagu berkenaan.

Mereka mendapat kerjasama dua orang rakan baik yang profesional dan sangat berpuas hati dengan hasil akhir MV itu.

insomniacks 11

Insomniacks ketika di majlis pelancaran lagu Igauan Malam di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Kami buat muzik video yang agak seram dengan elemen hantu dan mimpi ngeri. Dalam masa sama ia juga menerapkan nilai persahabatan bersama sebagai sebuah kumpulan.

“Kami mendapat kerjasama rakan-rakan yang profesional. Hasil MV ini membuatkan kami sendiri terpukau,” ujarnya.

Lagu Igauan Malam boleh didapati di semua aplikasi penstriman dan MV pula sudah mula dilancarkan di YouTube Insomniacks pada 18 November lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain