suria

Kurus pun salah! Aishah geram netizen ‘mulut puaka’ sindir penampilannya… “Kalau tiada benda baik nak tulis, diam saja”

Penampilan Aishah yang kini terlihat langsing mendapat perhatian netizen.

PENYANYI Datuk Aishah menegur tindakan segelintir netizen mempersendakan bentuk badannya yang kini semakin kurus dan langsing.

Menjawab komen negatif yang diterima di media sosial itu, Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 57, berkata perkara itu tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka kerana ia merupakan isu sensitif bagi sesetengah orang.

"Beberapa hari lepas saya muat naik video sedang melakukan sound check untuk satu persembahan dan kebetulan waktu itu saya demam dan tiada mood untuk bersiap. Jadi ada segelintir netizen yang memberi komen negatif tentang penampilan saya.

Aishah luah rasa lebih sihat selepas mengamalkan cara pemakanan sihat

"Ada yang kata saya seperti tiada arah apabila kurus.

"Ada juga yang kata waktu saya gemuk lagi terlihat cantik berbanding sekarang," katanya.

Penyanyi lagu Pulanglah ini membalas kata-kata negatif yang dilemparkan oleh netizen menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Salam artis boleh hilang ‘roh’, Aishah pohon ustazah viral bimbing bukan menghina

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah dah boleh duduk tenang, akhirnya kes tuntutan hadiah tanah lot GV4 selesai

"Segala yang kita komen nanti akan ditanya di akhirat. Jadi lebih baik diam kalau tiada perkara untuk dikata.

"Tak perlu nak sakitkan hati orang lain demi kepuasan diri sendiri," ujarnya.

Sementara itu, menjengah ruangan komen, peminat mempersoalkan tindakan individu berkenaan menulis komen negatif berkenaan.

Netizen puji Aishah lihat lebih aktif ketika tampil membuat persembahan

"Pelik orang zaman sekarang ini. Kalau gemuk, nanti jadi bahan jenaka. Apabila kurus, marah pula. Netizen nak apa sebenarnya.

"Saya suka tengok kak Aishah yang sekarang sebab nampak lebih selesa bila menyanyi. Suara pun masih lunak merdu. Semoga Allah lindungi kak Aishah dari kata-kata yang buruk," komen pengikutnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain