suria

Ramai tanya mana Jekfer? Hun Haqeem terpaksa kunci mulut, sedih tak dapat berlakon dalam 'Kampung People 3'

Peminat mahu watak Jekfer dalam Kampung People 3.

KETIADAAN pelakon Hun Haqeem dalam drama bersiri Kampung People 3 mengundang pertanyaan ramai peminat.

Menjawab mengenai perkara itu, Hun atau nama sebenar Haqeem Hermy, 24, mengakui kecewa dan sedih kerana tidak terlibat dalam musim baharu drama popular terbitan TV3 itu.

hun1 - 1

Ramai peminat mahu watak Jekfer kembali dalam Kampung People 3.

"Sejujurnya, mestilah saya rasa sangat sedih dan atas sebab-sebab tertentu saya pilih untuk tidak menjawab tentang ketiadaan saya itu.

"Apa sebab saya tak terlibat dalam musim ini mungkin ia adalah satu keputusan yang terbaik untuk semua," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan solat guna kerusi, lutut Hun Haqeem cedera ketika penggambaran 'Nenek Bongkok Tiga'

ARTIKEL BERKAITAN: Panas, berpeluh bukan masalah... Sut tebal bantu Hun Haqeem hidupkan watak lelaki gempal dalam Hantu Raya Pergi Perang

Hun mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media Viu Upfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Hun meluahkan rasa terharu apabila menerima komen daripada penonton yang memintanya untuk kembali membintangi siri berkenaan.

Sejujurnya, mestilah saya rasa sangat sedih kerana tidak terlibat dalam Kampung People 3.

HUN HAQEEM

PELAKON

"Saya terharu dengan komen-komen yang diterima. Ramai yang mahukan Jekfer dalam siri itu. Saya tidak sangka watak tersebut begitu memberi impak kepada orang ramai.

"Sayangnya kali ini watak Jekfer tidak ada dalam drama siri popular itu.

"Mungkin selepas ini peminat masih dapat menonton Jekfer lagi. Siapa tahu jika mereka boleh tonton Jekfer di layar perak pula," ujarnya.

Sementara itu, Hun meminta peminat untuk terus menyokong drama berkenaan meskipun tanpa dirinya sebagai pelakon utama dalam musim baharu ini.

“Saya memang banyak menerima komen peminat kecewa dengan ketiadaan Jekfer sehingga ada yang mengatakan tidak mahu menonton siri itu.

“Kalau boleh janganlah begitu, teruskan menonton Kampung People 3 kerana saya tahu mereka sudah bekerja keras untuk memberikan yang terbaik menerusi musim terbaharu ini," katanya.

hun2 - 1

Hun mohon peminat terus menonton Kampung People 3.

Untuk rekod, nama Hun Haqeem menjadi sebutan selepas berjaya menambat hati penonton menerusi watak Jekfer dalam drama Kampung People yang ditayangkan pada Januari 2020.

Drama fenomena itu turut dibintangi Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Fizz Fairuz dan Namron.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain