suria

Hafiz Suip mohon maaf kepada peminat, terikat komitmen lain punca tak menyanyi di SFMM37

Hafiz Suip dan Ernie Zakri tidak akan membuat persembahan di SFMM37.

RAMAI melahirkan rasa kecewa susulan pasangan duet Hafiz Suip dan Ernie Zakri tidak akan menyanyikan lagu mereka berjudul Berakhirlah Pencarianku di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik Ke-37 (SFMM37) pada penghujung November ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan syarikat rakaman Nova Music selaku penerbit lagu berkenaan, Hafiz tidak dapat beraksi di pentas berkenaan ekoran terlibat dengan komitmen lain yang telah dipersetujui lebih awal.

"Hafiz tidak dapat buat persembahan di SFMM37 kerana komitmen kerja yang telah dibuat sebelum ini.

"Dia ingin memohon maaf kepada semua peminat jika perkara itu mengecewakan mereka," jelas kenyataan tersebut.

Hafiz tidak dapat menyertai SFMM37 kerana terlibat dengan komitmen lain.

Hafiz Suip sudah ada komitmen lain.

Usaha mStar menghubungi Hafiz bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara itu bagaimanapun gagal apabila panggilan dibuat tidak berjawab.

Terdahulu, Ernie menjelaskan keputusan menggantikan mereka dengan Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq dibuat oleh pihak pengurusan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikhwan Fatanna dipersalahkan ‘Berakhirlah Pencarianku’ tukar penyanyi, hanya tahu sehari sebelum sidang media SFMM37

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lain nyanyi ‘Berakhirlah Pencarianku’ di SFMM37, Ernie Zakri perjelas ia keputusan pengurusan

"Tugas saya menyanyi sahaja, semua keputusan ini dibuat oleh pihak pengurusan.

"Sudah tentu saya rasa janggal melihat penyanyi lain menyampaikan lagu itu nanti sebab saya yang melalui proses rakaman," katanya.

Malah komposer lagu tersebut, Ikhwan Fatanna menjelaskan dia hanya dimaklumkan mengenai keputusan itu sehari sebelum sidang media pengumuman SFMM37 berlangsung.

ikhwan 1

Ikhwan Fatanna (tengah) bersama Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq yang akan menyanyikan lagu ciptaannya itu.

Pada Jumaat lalu, 30 buah lagu yang layak ke peringkat separuh akhir diumumkan namun peminat meluahkan rasa kurang senang apabila lagu tersebut akan dinyanyikan penyanyi lain.

Rata-rata kecewa kerana mereka mengundi lagu tersebut sepanjang ia tercalon dalam carta Muzik-Muzik.

Untuk rekod, Berakhirlah Pencarianku merupakan cipataan bersama Ikhwan Fatanna, Wan Saleh dan Datuk A. Aida.

SFMM37 bakal berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 November ini bagi menentukan 12 lagu terbaik ke Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain