suria

Penonton pengsan kerana terlalu sesak, festival muzik terbesar Indonesia ‘Berdendang Bergoyang’ terpaksa dibatalkan

Kesesakan penonton di festival muzik Berdendang Bergoyang.

FESTIVAL muzik Berdendang Bergoyang yang diadakan di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan.

Acara muzik ini yang sepatutnya berlangsung selama tiga hari terpaksa dibatalkan pada hari ketiga gara-gara puluhan penonton dilaporkan pengsan pada Sabtu lalu.

Menurut laporan CNN Indonesia, festival muzik berkenaan dikatakan terlalu sesak dengan penonton sehingga menyebabkan ada yang jatuh pengsan.

Malah, terdapat beberapa penonton yang mengalami luka-luka kerana bersesak dengan pengunjung lain.

konsert2 - 1

Penonton bersesak di festival muzik yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Kombes Komarudin, disebabkan situasi tidak terkawal festival yang sepatutnya berakhir pada pukul 11 malam terpaksa dihentikan sejam lebih awal.

"Acara festival muzik Berdendang Bergoyang yang dianjurkan di Istora terpaksa kami batalkan kerana kapasiti penonton yang berlebihan dan membahayakan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada kejutan menanti peminat, Noah janji persembahan bertenaga di Kuala Lumpur

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Dewa 19, Rizky Febian kini giliran Afgan umum konsert di Kuala Lumpur

konsert1 - 1

Padi Reborn antara penyanyi yang beraksi di festival muzik berkenaan.

Dalam pada itu, satu kenyataan rasmi telah dibuat menerusi laman rasmi Instagram festival muzik berkenaan dan memohon maaf di atas segala kesulitan.

Pemulangan semula wang pembelian tiket telah dimaklumkan pada petang Ahad.

"Kami memohon maaf atas kekecewaan dan harapan penonton seluruh rakyat berdendang.

"Kami sedar dan menerima semua kritikan untuk melakukan yang terbaik pada masa hadapan," tulis mereka.

Untuk info, festival ini diadakan selama tiga hari bermula sejak Jumaat dan berakhir pada Ahad.

Antara pemuzik popular yang menjayakan festival ini termasuk Tulus, Padi Reborn, Melly Goeslaw, Ungu, Rossa, Rizky Febian, D’Masiv dan ramai lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain