suria

Tiket pernah ‘sold out’ dalam tempoh 4 minit, Kugiran Masdo kembali ke Singapura ubati kekecewaan peminat

Masdo janji persembahan lebih hebat di Singapura.

SAMBUTAN hangat peminat Singapura menerusi konsert sebelum ini membuatkan kumpulan Kugiran Masdo yakin untuk kembali mengadakan persembahan di negara berkenaan.

Dalam masa sama konsert Malam Pesta Rock n Roll yang dijadualkan pada 26 November ini juga sebagai mengubati kekecewaan peminat yang terlepas peluang hadir ke konsert mereka pada Mei lalu.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur, konsert akan datang ini menjanjikan persembahan lebih hebat serta konsep baharu untuk hiburan peminat.

masdo 1

Peminat juga dapat bertemu anggota Masdo melalui pembelian tiket meet & greet.

“Sebelum ini Kugiran Masdo pernah mengadakan konsert solo pertama mereka di Singapura pada bulan Mei lalu. Tiket konsert tersebut laris dan terjual hanya dalam masa empat minit sahaja.

“Ramai peminat yang meluahkan rasa kecewa kerana tidak berpeluang menyaksikan konsert pertama Masdo di Singapura disebabkan sambutan luar biasa ketika itu,” jelas kenyataan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezad Lazim sertai konsert jelajah Exists 2023, Singapura bakal jadi lokasi pertama hibur peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai merungut tiket konsert terlalu mahal, Rossa perjelas sebahagian jualan untuk tujuan derma

Masdo yang dianggotai oleh empat Azham, Putuceri, Ali Sariah dan Asmawi cukup popular dengan lagu-lagu seperti Bunga, Bercanda Di Malam Indah dan Dinda.

Mereka juga pernah melancarkan lagu berjudul Janji Manis yang menjadi tular apabila digunakan sebagai muzik latar belakang platform media sosial.

Konsert kali ini dianjurkan oleh SAH Enterprise dengan kerjasama Rumi The Poets Cup dan Vito Stage.

Tiket konsert boleh dibeli secara atas talian di laman web www.sistic.com.sg.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain