suria

Tersentuh hati baca perkongsian Oktovia Manrose ini… berkat doa bapa jadi asbab berhijrah!

Bapa menjadi antara asbab Oktovia menerima hidayah dan berbuat kebaikan.

PELAKON Oktovia Manrose berkata penghijrahannya menjadi seorang muslimah yang lebih baik adalah atas berkat doa bapanya yang juga merupakan penyanyi dangdut terkenal, Iwan.

Oktovia atau Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 31, berkata bapa menjadi antara asbab dirinya menerima hidayah dan seterusnya istiqamah dalam berbuat kebaikan.

"Berkat doa dan istiqamah seorang bapa. Mujahadah sendirian untuk menebus kekhilafan dulu. Usahanya sangat terasa.

"Tiada apa yang lebih beruntung daripada nikmat iman dan Islam yang Allah beri sekarang," tulisnya di Instagram.

oktovia1

Oktovia meminta peminat mendoakannya agar terus istiqamah.

Dalam pada itu, pelakon ini memberitahu nikmat cinta kepada Allah SWT kini semakin kuat dirasai dan dia mula memahami tujuan hidup.

Katanya, dunia adalah ujian untuk kita mengumpul saham di akhirat dan pastinya rugi jika mensia-siakan diri dengan melakukan kemungkaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Saat akhir dapat jemputan hadiri majlis ilmu, Oktovia Manrose sampai berpeluk dengan Asma' Harun

ARTIKEL BERKAITAN: Indahnya hijrah Saharul Ridzwan, hati lebih tenang bila utamakan Allah... Benar kata Lisa Surihani bila popular lupa dunia!

oktovia2

Sempat menghadiri majlis ilmu anjuran pendakwah Asma' Harun.

Malah dia percaya Allah akan menerima setiap doa umat yang benar-benar ikhlas melakukan kebaikan.

"Yang pasti kehidupan selepas dunia adalah lebih dahsyat. Dunia ini bukan kehidupan abadi, tapi kehidupan bermula selepas kematian.

"Perlahan-lahan mendidik diri untuk mendapat reda Allah. Bukan sahaja daripada banyaknya ibadah, tapi dari istiqamah dalam melakukan kewajipan kepadaNya.

"Semoga saya, ahli keluarga, sahabat-sahabat yang dikasihi istiqamah dan mendapat pengakhiran khusnul khatimah," ujarnya.

Sebelum ini, Oktovia meluahkan rasa teruja dan bersyukur kerana berkesempatan menghadiri majlis ilmu anjuran pendakwah terkenal Asma’ Harun.

Dia turut meminta peminat mendoakan dirinya sentiasa kekal istiqamah dalam menuju ke arah kebaikan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain