suria

Gambar pegang kerepek disunting, Yana Samsudin bengang foto jadi iklan produk kurus… “Jangan sampai Kak Yong datang!”

Yana minta penjual buat pemohonan maaf sebelum ambil tindakan.

PELAKON Yana Samsudin meluahkan rasa bengang apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar serta namanya demi meraih keuntungan.

Bimbang ada yang terpedaya, Yana, 38, memberi amaran meminta peniaga berkenaan untuk membuat pemohonan maaf dan memadam iklan yang memaparkan wajahnya itu.

"Boleh saman orang ini sebenarnya. Sebelum saya buat tindakan seterusnya, padam dan buat permohonan maaf. Jangan sampai Kak Yong datang," katanya.

Yana Samsudin geram gambar disunting untuk tujuan promosi.

Perkara itu dikongsikan Yana menerusi laman Facebook miliknya.

Kata Yana, ada pihak yang menyamar sebagai dirinya dan membuat akaun Facebook palsu selah-olah aktres berkenaan merupakan penjual produk berkenaan.

Bukan itu sahaja, Yana juga berkata pihak berkenaan dilihat menyasarkan peminatnya sebagai pembeli produk yang didakwa mampu menguruskan badan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan masuk hospital, Yana Samsudin sayu dengar alasan bapa... “Mungkin abah tahu dia nak pergi?”

ARTIKEL BERKAITAN: Yana Samsudin muntah-muntah selepas FB Live, suami syak hamil anak ketiga

"Ini semua tidak benar dan saya tidak pernah pegang produk ini, saya tidak pernah makan produk ini. Gambar ini telah diedit," katanya lagi.

Tambahnya, produk tersebut juga tidak dapat dipastikan keselamatannya sekaligus bimbang sekiranya terdapat bahan yang memudaratkan pengguna.

"Sudahlah tipu orang menggunakan gambar selebriti, produk itu pun kita tidak tahu halal ke tidak. Tidak ada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Entah-entah ada produk racun berjadual atau tidak. Entah ada babi," tambahnya.

415135214

Gambar Yana Samsudin makan keropok disunting pegang produk.

Dalam kesempatan itu juga, Yana sempat berseloroh bahawa suntingan yang dilakukan oleh pihak berkenaan tidak secantik suntingan yang dilakukan oleh suaminya, Fadzil Zahari.

"Gambar sebenar yang ini telah disunting. Memang kartun la dia sunting. Suami saya sunting lagi cantik.

"Gambar original sebenarnya saya pegang kerepek ya. Gambar terbaharu saya sedang makan lontong pun dia letak juga," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain