suria

Bukan mudah jalani perkahwinan jarak jauh... Wany Hasrita bersedia menetap bersama suami di Sarawak

Wany dah beberapa kali ulang alik ke Sarawak untuk bertemu suami.

SELEPAS lebih dua bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Wany Hasrita memaklumkan dia masih lagi dalam fasa menyesuaikan diri dalam alam perkahwinan.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 29, mengakui bukan mudah untuk dia dan suami Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, menjalani alam perkahwinan jarak jauh atau PJJ.

"Masih lagi menyesuaikan diri memandangkan kami PJJ memang banyak lari sana lari sini. Tapi okay saja, saya terbuka nak belajar banyak benda tapi fokus bekerja dah jadi lain.

306055652_476870300959647_4605538890147905578_n

Wany Hasrita akui sukar berjauhan dengan suami.

"Ingatkan selepas kahwin senang nak PJJ sebab sebelum kahwin bukan jumpa sangat pun tapi berbeza rasanya!" katanya kepada mStar.

Perkara itu dikongsikan Wany ketika ditemui di sidang media Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah yang diadakan pada Khamis lalu.

Berkongsi lebih lanjut akan kehidupan selepas berkahwin, Wany memaklumkan bahawa dia terasa sebak ketika membuat persembahan menyanyikan lagu Menahan Rindu selepas bergelar seorang isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Alhamdulillah! Wany Hasrita sah bergelar isteri, terima cincin berlian sebagai mas kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Lama simpan rahsia, akhirnya Wany Hasrita umum nikah

"Selepas kahwin saya ambil cuti sebulan... persembahan pertama nyanyi lagu Menahan Rindu tak pernah-pernah rasa sebak nyanyikan lagu itu. Rasa macam kelakar!

"Banyak benda lagi nak kena belajar tapi berbeza sebelum dan selepas PJJ, sebelum kahwin bukan ada ikatan tapi selepas kita tahu dia adalah home terus rasa pelik berjauhan," ujarnya.

Wany juga berkata dia dan suami tidak membuat perancangan mengenai cahaya mata malah hanya menerima rezeki yang ditakdirkan oleh Allah SWT.

Saya tak mungkin tinggal kerjaya tapi akan ke arah bisnes.

WANY HASRITA

PENYANYI

"Kita tak rancang kalau ada rezeki ada," katanya.

Dalam pada itu, Wany juga memberitahu sepanjang bergelar isteri sudah tiga kali dia bertemu suaminya yang menetap di Kuching, Sarawak.

"Dah tiga kali berulang alik. Lepas kahwin hari itu sebulan Wany cuti, selepas itu tiga hari... tiga hari sahaja sempat balik tapi suami pun ada datang sini.

300591351_151594667517163_7997165183016250816_n

Wany maklumkan suami memahami kerjayanya.

"Alhamduillah, pengurus saya memahami kehidupan lepas kahwin ini," katanya.

Memandangkan suaminya masih bekerja di Sarawak, Wany memberitahu dia bersedia untuk menetap di negeri berkenaan.

Namun, dia sama sekali tidak akan meninggalkan kerjayanya sebagai seorang anak seni.

"Kami punya rancangan memang mungkin menetap di sana, tapi saya rasa akan selalu datang sini sebab ibu ada di sini dan tak mahu pergi sana.

241123105_2966389790268999_6295579179314919417_n

Wany ada perancangan menetap bersama suami di Sarawak.

"Tapi saya tidak akan meninggalkan kerjaya seni, mungkin ke arah bisnes namun sebelah kaki masih lagi di sini. Untuk kekal relevan perlu sentiasa keluarkan produk dari segi lagu walaupun hanya satu.

"Sebelum kahwin, kami dah berbincang mengenai perkara ini. Suami pun faham kerjaya saya... sekarang pulun sahaja habis-habis. Perancangan itu mungkin akan bertukar dari masa ke masa mengikut keadaan," ujarnya.

Untuk rekod, Wany dan suami baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022 lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain